KUNCI KIRA KIRA

APA ITU KUNCI KIRA KIRA /BALANCE SHEET?

Apa yang nak dikira ?

Kunci Kira – Kira  adalah

NILAI PERNIAGAAN anda….

HARGA PERNIAGAAN anda….

Slide5

ASET = LIABILITI + EKUITI

Dalam kunci kira-kira  ada:

  1. ASET
    • ASET SEMASA –  harta yang mudah cair (harta jangkamasa pendek) macam duit dibank, penghutang.
    • ASET TETAP – harta yang kekal lama untuk jangkamasa lama seperti bangunan, tanah, kereta.
  2. LIABILITI
    • Adalah tanggungan dimana bisnes owner (bukan hak milik bisnes owner, hak orang lain )
    • Bayaran hutang kepada barang yang kita beli secara kredit
    • Bayaran pinjam balik ke bank
  3. EKUITI
    • Modal  – duit yang dilaburkan untuk mulakan perniagaan
    • Untung/rugi dari perniagaan.
Advertisements

DOKUMEN KEWANGAN

  1. INBOIS/BIL

  • Dokumen yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli memberitahu pembeli tentang jumlah bayaran yang perlu dijelaskan kepada pembekal.
  • Inbois disediakan dalam 3 salinan yang berbeza warna iaitu putih, kuning dan merah :

-1 salinan asal kepada pembeli.
– 2 salinan yang selebihnya digunakan oleh penjual sebagai rujukan

  • Maklumat yang ada dalam inbois
    • – Nombor invois.
    • – Jumlah yang perlu dibayar.
    • – Kadar diskaun niaga.
    • – Tarikh invois.
    • – Nombor pesanan.
    • – Nama dan alamat penjual.
    • – Nama dan alamat pembeli.
    • – Syarat-syarat urusniaga seperti syarat pembayaran tunai atau kredit (berapa hari), maklumat penghantaran

2) RESIT

  • Resit ialah dokumen yang menunjukkan bukti  pembayaran  pembayaran telah diterima.
  • Resit hanya akan dikeluarkan apabila penerimaan tunai atau cek diperolehi
  • Resit disediakan dalam 2 salinan :
    • – Salinan asal kepada pembayar .
    • – Salinan karbon di simpan sebagai rujukan oleh penjual

 

3) NOTA DEBIT

  • Nota Debit merupakan dokumen yang digunakan untuk menambahkan hutang pembeli kerana mungkin inBois yang dihantar terkurang catat.
  • Nota Debit disediakan oleh penjual dan dihantar kepada pembeli.
  • Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli menyimpan dokumen asal.
    3a) NOTA DEBIT DIHANTAR OLEH PEMBEKAL KEPADA PEMBELI BERTUJUAN UNTUK
    • Memberitahu bahawa sesuatu catatan debit telah dilakukan dalam akaunnya. Menambahkan hutang pembeli kepada pembekal mungkin disebabkan tersilap harga atau tertinggal item cukai dan lain-lain
    • Membetulkan kesilapan di dalam inbois kerana pembeli telah dikenakan bayaran yang kurang daripada yang sepatutnya

4) NOTA KREDIT

  • Nota Kredit merupakan dokumen yang dihantar untuk mengurangkan hutang pembeli.
  • Dokumen ini akan dihantar apabila pembeli memulangkan bekas kosong, pembeli memulangkan barang kerana rosak atau silap jenama dan jika ada kesilapan dalam pengiraan inbois.
  • Nota Kredit disediakan oleh penjual dan dihantar kepada pembeli.
  • Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli menyimpan dokumen asal.

5) BAUCER PEMBAYARAN

  • Baucar Pembayaran merupakan dokumen pengesahan perbelanjaan yang telah dibuat secara tunai atau cek.
  • Dokumen ini mengandungi maklumat seperti jumlah pembayaran, tujuan pembayaran, barangan yang dibeli, kuantiti, harga dan maklumat lain yang difikirkan perlu.
  • Peniaga akan menyimpan dokumen salinan dan dokumen asal akan diberikan kepada penerima pembayaran.
  • Dokumen ini perlu disahkan sebelum pembayaran dibuat dengan tandatangan penerima.
  • Antara kegunan baucar pembayaran ialah pembayaran gaji pekerja.

PENTINGNYA DOKUMENTASI PERNIAGAAN

 A) KENAPA PERLU ADA DOKUMENTASI?

i) DOKUMNETASI PERNIAGAAN

1)Sumber maklumat  perniagaan- urusniaga TUNAI atau KREDIT

2) Bukti berlaku transaksi duit masuk dan keluar dalam perniagaan itu adalah jelas dan benar

3) Tiada dokumentasi perniagaan akan timbul masalah sistem perakaunan.
Cth: Peruncit Kecil-kecilan

4) Difailkan secara sistematik

ii) FUNGSI DOKUMENTASI PERNIAGAAN

1) Cara peniaga mengingat segala butiran, tarikh, jumlah dan jenis urusniaga yang telah berlaku.

2) Bukti yang sah di sisi undang-undang bila ada masalah dalam  sesuatu jenis urusniaga.

3) Membantu peniaga menyediakan rekod kewangan.

4) Membantu merekod dan mengenalpasti jenis urusniaga samada tunai, kredit, deposit dan lain lain.

 

B) JENIS JENIS DOKUMENTASI PERNIAGAAN

dOLUMENTASI

 

C) PERBEZAAN ANTARA DOKUMEN KEWANGAN DAN DOKUMEN BUKAN KEWANGAN

Dokumen kewangan : Dokumen yang berkaitan dengan amaun pembayaran dan penerimaan secara tunai, cek atau berhutang.
Dokumen bukan kewangan : Dokumen yang berkatian dengan  proses pesanan dan penerimaan barangan/perkhidmatan

 

PERBELANJAAN (KOS) PERNIAGAAN

Adalah duit yang dikeluarkan untuk menjalankan sesuatu perniagaan.  Dalam perniagaan duit dibelanjakan untuk buat duit .

Ada 2 jenis kos perniagaan

  1. KOS PERMULAAN (PERBELANJAAN MODAL) – Kos untuk mulakan perniagaan  seperti beli perabot, peralatan pejabat , cat pejabat . Kos ini hanya akan ada sekali sahaja dalam perniagaan – one off expenses

  2. KOS JUALAN DAN BELANJA OPERASI – Kos harian yang dibelanjakan dalam perniagaan seperti upah, gaji, belian stok, bil api air, bil telefon. – on going cost

KOS OPERASI – ADA 2 JENIS

  1. KOS TETAP – kos yang TETAP dibayar tanpa mengambil kira barang /perkhidmatan yang dihasilkan. Ianya tidak bergantung kepada pengeluaran

Contohnya : Kos tetap sama walaupun jual 0 atau 1000 aiskrim . Sewa pejabat mesti dibayar setiap bulan tanpa mengira ada ada atau tiada pelanggan yang datang beli produk.

  1. KOS BERUBAH – kos yang BERUBAH bergantung kepada jumlah pengeluaran yang dihasilkan. Lebih banyak pengeluaran , kos berubah akan meningkat mengikut jumlah pengeluaran.

Contohnya :  Kos untuk 1 batang aiskrim ialah RM0.50 . Jual aiskrim  10 batang, kos aiskrim RM0.50 x 10 batang. Kalau jual aiskrim 1000 batang , kos aiskrim juga RM0.50 x 1000 batang. Kos akan meningkat mingikut jumlah kuantiti yang dijual

JUMLAH KOS = KOS TETAP + KOS BERUBAH

Contoh : KOS BURUH/PEKERJA

Kos pekerja ada 2
1) Kos lansung= berkaitan terus dengan produk

Gaji sebulan/Jumlah hari bekerja sebulan/jumlah jam berkerja sehari
seperti : kalau buat roti , gaji pekerja yang kerja uli tepung sahaja

2) Kos tidak lansung = berkaitan dengan pentadbiran pekerja
seperti gaji pegawai akaun, pegawai sumber manusia, pegawai pentadbiran

(Gaji sebulan/Jumlah hari bekerja sebulan/jumlah jam berkerja sehari ) x berapa bahagian % masa yang disumbangkan untuk hasilkan produk dalam masa satu bulan

Kos pekerja yang no 2 , biasa disebut kos operasi

 

Penyata Aliran Tunai

ALIRAN TUNAI / CASHFLOW

  • Duit masuk – dari mana?
  • Duit Keluar – keluar untuk apa?

MESTI CATIT/REKOD 

Duit seperti yang ada bank bank anda.

Sentiasa kena ada duit . Kalau tiada duit akan ada masalah, perlu pastikan bisnes mesti ada duit .

 

1- APA ITU ALIRAN TUNAI

Slide1Slide4Slide2Slide4Slide3

 

2 – ALIRAN TUNAI MASUK

Slide5Slide6

 

3-ALIRAN TUNAI KELUAR

Slide7Slide8

 

4-APA YANG PERLU BUAT DAN JANGAN BUAT!!!!

Slide9Slide10

 

 

5-PENYATA ALIRAN TUNAI

Slide11Slide12

UNTUNG atau RUGI?

Adakah bisnes anda UNTUNG atau RUGI?

Bagaiamana nak tahu ?

Penyata Untung/Rugi akan tunjukan samada bisnes anda untung atau rugi dalam masa tempoh 1 tahun.

 

Apa yang ada dalam Penyata Untung Rugi :

  1. Pendapatan – dapat hasil dapat DUIT MASUK
    • Jualan dari produk atau perkhidmatan yang kita jual Jualan ais krim.PNG
    • Komisen yang kita terima bila kita jadi agen
    • Dividen yang kita terima jika simpan duit dalam bank (setiap hujung bulan ada dalam penyata bank

  2. Kos barang dijual / Kos  pengeluaran – DUIT KELUAR 
    • Bahan mentah yang dibeli untuk hasilkan satu produk atau perkhidmatan : Contoh kalau jual kerepek ubi bahan mentah adalah ubi.
    • Kos untuk bungkus produk , kos untuk menghantar produk/ perkhidmatan
    • Upah/Komisen yang dibayar kepada agen yang tolong jual produk produk kita.** Kos-kos ini akan berubah mengikut jumlah kuantiti output yang dihasilkan.

  3. Perbelanjaan Operasi DUIT KELUAR
    • Kos pekerja
      • bayar gaji  pekerja
      • tuntutan perbelanjaan pekerja – tuntutan minyak, tol, parking

    • Kos Pengurusan Pejabat
      • Bayar sewa pejabat , bil api air, telefon
      • Kos membeli barang keperluan pejabat seperti alat tulis , kerusi meja.

    • Kos untuk pasarkan produk atau perkhidmatan
      • Kos untuk  iklan seperti buat bunting, flyers
      • Kos pemasaran

kita seperti buat bunting, flyers ,bayar untuk FB ads, Google  Ads, masuk TV, suratkhabar.

** Kos operasi adalah perbelanjaan yang sama dan tidak bergantung kepada output yang dihasilkan . Output banyak atau sikit kosnya tetap sama.

  1. Zakat
  2. Cukai
  3. Caj Bank

*Dalam bisnes duit akan dibelajakan untuk buat duit

Segala perbelanjaan yang perlu dibayar tidak kira ada jualan atau tiada jualan.

===========================================================

Untung Kasar = Pendapatan – Kos Jualan 

Untung Bersih = Pendapatan – Kos Jualan – Kos Operasi

RUGI = Kos jualan dan kos operasi adalah lebih dari jualan

Slide6

 

PENGURUSAN KEWANGAN YANG BAIK

Pengurusan  Kewangan untuk bisnes owner baru dan kecil.

“A good financial management system tells you how your business is doing–and why.”

Financial management – Pengurusan kewangan adalah penting dalam perniagaan kerana memberitahu perjalanan operasi perniagaan and baik atau sebaliknya. 

Walaupun sistem simpan kira-kira (bookkeping)  yang teratur adalah penting, lebih penting adalah apa yang anda lakukan  dengan sistem bookkeeping untuk mewujudkan kaedah untuk pengurusan kewangan dan kawalan.

Anggaplah badan kereta anda sebagai sistem bookkeeping , dimana badan ini di dicat, dicuci dan dipolish ( ada sport rim lagi) nampak cantik, berkilat dan berkuasa.  Walau bagaimanapun, badan kereta yang tiada enjin jadi kereta tidak dapat dipandu ke mana-mana.
Sistem pengurusan kewangan anda adalah enjin yang akan membuat kereta anda mencapai prestasi yang terbaik.

Anda mungkin tertanya-tanya apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah ” pengurusan kewangan.” Ia adalah proses kira-kira yang anda buat untuk pastikan perniagaan anda berjaya.  Dengan sistem pengurusan kewangan yang baik , anda akan mengetahui kedudukan kewangan perniagaan dan juga mengapa serta ia  akan dapat digunakan untuk membuat keputusan bagi meningkatkan keuntungan perniagaan anda.

download

 

Mengapa pengurusan kewangan penting?

Pengurusan kewangan yang baik membolehkan anda untuk mencapai matlamat perniagaan keseluruhannya  dan objektif kewangan setiap hari (KPI-key performace indicator). Satu sistem pengurusan kewangan yang membantu anda menjadi pengurus yang lebih baik dengan membolehkan anda untuk:

  1. Menguruskan kewangan secara proaktif dan bukan reaktif .
  2. Meminjam wang dengan lebih mudah ; bukan sahaja anda boleh merancang keperluan pembiayaan, tetapi berkongsi bajet anda dengan bank anda akan membantu dalam proses kelulusan pinjaman.
  3. Menyediakan maklumat perancangan kewangan bagi pelabur.
  4. Buat operasi perniagaan anda lebih menguntungkan dan cekap.
  5. Sebagai satu alat yang membantu anda untuk membuat keputusan penting untuk kemajuan perniagaan.

Langkah pertama dalam membangunkan sistem pengurusan kewangan ialah perlunya ada  penyata kewangan. Mengurus kewangan secara proaktif , anda perlu merancang untuk menjana penyata kewangan pada setiap bulan. Penyata kewangan anda harus merangkumi penyata pendapatan , kunci kira-kira dan penyata aliran tunai.

Satu sistem perakaunan yang baik  akan menghasilkan penyata kewangan bulanan untuk anda. Jika sistem simpan kira-kira anda dibuat secara manual guna microsoft excel atau catit dalam buku kira-kira , anda masih boleh  menyediakan penyata kewangan bulanan sendiri atau outsource kepada pihak luar.

Terdapat beberapa jenis sistem perakaunan

  • Web base (cloud base) tidak perlu install kat PC , ada internet access boleh terus login dan guna bila-bila dan boleh access via android phone, mudah untuk dapat maklumat penyata kewangan.
  • PC base  – perlu install software di PC , hanya boleh access guna PC tersebut sahaja, penyata kewangan akan dibuat dipejabat sahaja.
  • Outsource kepada syarikat yang ada perkhidmatan bookkeping atau perkhidmatan perakaunan, penyata kewangan akan lambat dikeluarkan
  • Ada staff akaun yang bertanggungjawab untuk jaga perakaunan syarikat samada guna sistem atau manual, terlalu banyak kerja manual dan checking perlu dibuat jika manual

 

Web base  sistem ini adalah lebih menjimat masa, kos dan maklumat boleh diperolehi dengan lebih cepat.

Kini sudah penghujung tahun 2015 , sudahkah anda menyiapakan penyata kewangan anda atau anda masih tidak faham apa itu penyata kewangan?

Jika anda berminat untuk tahu apa ada dalam penyata kewangan dan bagaimana sistem perakauan web base ini akan bantu penyiapkan penyata kewangan  perniagaan sila tinggalkan nama , email dan nombor telefon.

*gambar source dari internet

#CM1Prod
#c4b
#CM1TeamElite