PENGURUSAN KEWANGAN YANG BAIK

Pengurusan  Kewangan untuk bisnes owner baru dan kecil.

“A good financial management system tells you how your business is doing–and why.”

Financial management – Pengurusan kewangan adalah penting dalam perniagaan kerana memberitahu perjalanan operasi perniagaan and baik atau sebaliknya. 

Walaupun sistem simpan kira-kira (bookkeping)  yang teratur adalah penting, lebih penting adalah apa yang anda lakukan  dengan sistem bookkeeping untuk mewujudkan kaedah untuk pengurusan kewangan dan kawalan.

Anggaplah badan kereta anda sebagai sistem bookkeeping , dimana badan ini di dicat, dicuci dan dipolish ( ada sport rim lagi) nampak cantik, berkilat dan berkuasa.  Walau bagaimanapun, badan kereta yang tiada enjin jadi kereta tidak dapat dipandu ke mana-mana.
Sistem pengurusan kewangan anda adalah enjin yang akan membuat kereta anda mencapai prestasi yang terbaik.

Anda mungkin tertanya-tanya apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah ” pengurusan kewangan.” Ia adalah proses kira-kira yang anda buat untuk pastikan perniagaan anda berjaya.  Dengan sistem pengurusan kewangan yang baik , anda akan mengetahui kedudukan kewangan perniagaan dan juga mengapa serta ia  akan dapat digunakan untuk membuat keputusan bagi meningkatkan keuntungan perniagaan anda.

download

 

Mengapa pengurusan kewangan penting?

Pengurusan kewangan yang baik membolehkan anda untuk mencapai matlamat perniagaan keseluruhannya  dan objektif kewangan setiap hari (KPI-key performace indicator). Satu sistem pengurusan kewangan yang membantu anda menjadi pengurus yang lebih baik dengan membolehkan anda untuk:

  1. Menguruskan kewangan secara proaktif dan bukan reaktif .
  2. Meminjam wang dengan lebih mudah ; bukan sahaja anda boleh merancang keperluan pembiayaan, tetapi berkongsi bajet anda dengan bank anda akan membantu dalam proses kelulusan pinjaman.
  3. Menyediakan maklumat perancangan kewangan bagi pelabur.
  4. Buat operasi perniagaan anda lebih menguntungkan dan cekap.
  5. Sebagai satu alat yang membantu anda untuk membuat keputusan penting untuk kemajuan perniagaan.

Langkah pertama dalam membangunkan sistem pengurusan kewangan ialah perlunya ada  penyata kewangan. Mengurus kewangan secara proaktif , anda perlu merancang untuk menjana penyata kewangan pada setiap bulan. Penyata kewangan anda harus merangkumi penyata pendapatan , kunci kira-kira dan penyata aliran tunai.

Satu sistem perakaunan yang baik  akan menghasilkan penyata kewangan bulanan untuk anda. Jika sistem simpan kira-kira anda dibuat secara manual guna microsoft excel atau catit dalam buku kira-kira , anda masih boleh  menyediakan penyata kewangan bulanan sendiri atau outsource kepada pihak luar.

Terdapat beberapa jenis sistem perakaunan

  • Web base (cloud base) tidak perlu install kat PC , ada internet access boleh terus login dan guna bila-bila dan boleh access via android phone, mudah untuk dapat maklumat penyata kewangan.
  • PC base  – perlu install software di PC , hanya boleh access guna PC tersebut sahaja, penyata kewangan akan dibuat dipejabat sahaja.
  • Outsource kepada syarikat yang ada perkhidmatan bookkeping atau perkhidmatan perakaunan, penyata kewangan akan lambat dikeluarkan
  • Ada staff akaun yang bertanggungjawab untuk jaga perakaunan syarikat samada guna sistem atau manual, terlalu banyak kerja manual dan checking perlu dibuat jika manual

 

Web base  sistem ini adalah lebih menjimat masa, kos dan maklumat boleh diperolehi dengan lebih cepat.

Kini sudah penghujung tahun 2015 , sudahkah anda menyiapakan penyata kewangan anda atau anda masih tidak faham apa itu penyata kewangan?

Jika anda berminat untuk tahu apa ada dalam penyata kewangan dan bagaimana sistem perakauan web base ini akan bantu penyiapkan penyata kewangan  perniagaan sila tinggalkan nama , email dan nombor telefon.

*gambar source dari internet

#CM1Prod
#c4b
#CM1TeamElite

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s