4 KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PENIAGA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada masa sekarang dengan keadaan kos kehidupan yang semakin meningkat ,ramai yang mula berniaga tetapi tidak tahu cara yang betul untuk mengurus kewangan perniagaan untuk nampak hasil dari perniagaan sama ada untung atau rugi.

Ramai yang berniaga tahu mengenai sales dan marketing tapi kenapa ramai yang ini tiada sistem pengurusan kewangan yang betul?

Keuntungan dan Kerugian tidak diketahui kerana mereka pakar dalam buat sales dan marketing tapi bukan pakar dalam mengurus kewangan perniagaan.

4 kesalahan yang biasa dilakukan adalah:

1) Tidak ada rekod perniagaan, tahu duit ada bila tiada duit ambil duit simpanan.
2) Tidak ambil tahu mengenai Aliran Tunai perniagaan
3) Tidak pandai untuk kenalpasti sumber duit masuk dan sumber duit keluar
4) Tidak tahu menyimpan rekod urusniaga perniagaan.

Maka kerana itu setiap peniaga wajib faham atau buat :

1) Cara merekod urusniaga duit keluar masuk dengan betul
2) Cara bagaimana untuk tentukan harga sesuatu barang selepas mengambil kira semua kos dan belanja.
3) Cara untuk mengira dan membaca penyata kewangan iaitu

a. Penyata Untung atau Rugi
b. Penyata Kunci Kira-Kira
c. Penyata Aliran Tunai.

Pemilik perniagaan boleh ada pekerja yang bantu untuk menyediakan item 1, tapi wajib untuk mereka tahu dan faham item 3, kerana dari situ mereka boleh tahu perniagaan mereka sihat , sakit atau tenat.

sumber gambar dari https://bassamsalem.com

sumber gambar dari https://bassamsalem.com

Maka pemilik perniagaan perlu tahu kedudukan kewangan perniagaan masing-masing , adakah bisnesnya untung , kalau untung bagaimana nak memaksimumkan keuntungan. Kalau rugi kenapa rugi , produk mana yang rugi , apa yang perlu dibuat .

Jika ada pengurusan kewangan yang bersistem , in shaa Allah anda boleh tahu kesihatan kewangan perniagaan anda.

Dengan adanya teknologi yang canggih pada masa sekarang , cara untuk mengurus kewangan boleh dilakukan dihujung jari anda bila-bila sahaja. Tetapi jika anda masih ingin gunakan cara tradisional untuk merekod urus niaga perniagaan pun boleh juga …

Jika anda ingin tahun cara mudah untuk urus kewangan perniagaan anda tinggalkan komen anda diruang komen, saya sedia membantu anda.