4 “REPORT CARD” BISNES

REPORT CARD bukan sahaja ada di sekolah , berniaga pun ada REPORT CARD, nak tahu lulus atau gagal mesti kena ada 4 laporan ini, nak tahu lulus tahap gred mana pun boleh tahu dengan 4 laporan ini.

REPORT CARD ini mesti ada jika ingin kembangkan bisnes. Kalau berniaga  main-main dan tidak pedulikan REPORT CARD bisnes , bisnes boleh gagal, bisnes boleh mati

Sebagai pemilik bisnes , ambil tahu apa 4  REPORT CARD ini

4-rc

 

 

 

ARTIS PELAWAK BAYAR CUKAI (LHDN) RM500,000

Cerita bayar cukai , baru-baru ini seorang  artis telah menjelaskan cukai sejak tahun 2012. Jumlah cukai yang dibayar mencecah jumlah RM500,000 selama 3 tahun

Cerita lanjut boleh dibaca di Utusan Online

Petikan dari berita di utusan online

Sedar akan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia, pelawak Nabil Ahmad, 33, telah mula membayar cukai hasil pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sejak 2012 lagi.

Bukan sedikit, sebaliknya dihitung dibilang, kira-kira hampir RM500,000 sudah dilangsaikan kepada agensi kerajaan itu sejak tiga tahun lalu.

– See more at: https://www.utusan.com.my/hiburan/nabil-bayar-cukai-rm500-000-1.403413#sthash.hLS3GE7M.dpuf

Peringatan ini bukan sahaja buat artis tetapi juga kepada usahawan-usahawan .

Boleh tanya artis yang terlibat adakah beliau ada kos-kos penampilan diri dalam pengiraan cukai pendapatan beliau.

 

 

 

ISU CADANGAN PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN – ARTIS

Berita terkini mengenai cadangan pelepasan cukai untuk “KOS PENAMPILAN DIRI” bagi artis menjadi viral di laman social .

Boleh baca di
Pelakon Nora Danish mencadangkan kerajaan memberikan pelepasan cukai buat penggiat seni bagi menampung ‘kos penampilan diri’. — Foto ihsan Instagram/Nora Danish

Pelakon Nora Danish mencadangkan kerajaan memberikan pelepasan cukai buat penggiat seni bagi menampung ‘kos penampilan diri’. — Foto ihsan Instagram/Nora Danish –

See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/kena-marah-isu-cukai-nora-danish-dakwa-diputar-belit#sthash.BFRTFbv9.dpuf

 
Artis ni baru nak cadangkan sahaja , apakah kos-kos penampilan diri ini  contohnya kos make-artis, pakaian glamour dan cantik untuk lakonan atau persembahan , tanpa kos-kos ini artis tidak boleh berlakon.

Agak-agak beratus kos penampilan diri untuk seseorang artis  mahu cecah puluhan ribu atau ratusan ribu. Apa buktinya ?  Buktinya adalah resit-resit yang perlu disimpan sebagai bukti kos penampilan diri.

Tahukan anda resit-resit belanja ini penting untuk tahu berapa jumlah duit yang dibelanja tetapi juga penting bila nak kira cukai. Mulai sekarang setiap kali bayar untuk beli apa-apa kos atau belanja minta resit dan rekod  duit keluar untuk tujuan apa , untuk tujuan perniagaan atau peribadi.

Nak tahu kos-kos apa yang dibenarkan untuk pengiraan cukai pendapatan boleh rujuk kepada pegawai LHDN atau  rujuk agen-agen cukai .

Artis di Malaysia bayar cukai , mungkin cukai yang dibayar adalah tinggi, apa yang dicadangkan untuk pelepasan cukai untuk “Kos Penampilan Diri”  mungkin untuk mengurangkan bayaran cukai pendapatan

 

 

 

 

 

 

 

FAHAM VS BUAT 


Petikan dari http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/perakaunan-dalam-perniagaan/

Bila sebut mengenai perakaunan apa benda pertama yang anda akan fikirkan?

Perkara biasa yang kita dengar

  • Tak pandai buat akaun
  • Tak tahu debit kredit tu apa
  • Susahlah buat akaun
  • Tak sempat /Tiada masa
  • Mahal kos utk gajikan akauntan
  • Duit masuk duit keluar
  • Lejar
  • Untung rugi

    Sebagai seorang usahawan/pemilik perniagaan anda perlu  fahamkan apa itu penyata untung rugi, kunci kira-kira dan penyata aliran tunai

    Sebagai usahawan fahamkan apa yang ada dalam penyata kewangan dan anda boleh tahu

    • Perniagaan anda untung atau rugi
    • Berapa nilai perniagaan anda
    • Tunai yang ada cukup ke untuk bayar semua kos dan belanja untuk bulan akan datang (tunai cukup tak untuk rolling bisnes anda)

    Fahamkan kedudukan kewangan perniagaan anda  , nak buat perakaunan anda bukan pakar tapi anda boleh minta staff buat atau outsource kepada mereka yang lebih bertauliah untuk buat perakaunan perniagaan.

    Jika anda ingin  tingkatkan perniagaan anda anda perlu tahu baca dan fahamkan penyata kewangan perniagaan anda

    PENYATA KEWANGAN ADALAH PENTING DALAM PERNIAGAAN ANDA

    BAGAIMANAKAH 3 PENYATA KEWANGAN BERKAIT ANTARA SATU SAMA LAIN ?

    The mechanism

    Maklumat yang terdapat dalam penyata kewangan sebuah organisasi adalah asas perakaunan korporat.  Data-data ini di kaji semula oleh pelabur-pelabur dan pemberi-pemberi pinjaman untuk tujuan menaksir paras kestabilan kewangan syarikat tersebut.

    3 Penyata Kewangan

    1. Kunci Kira-Kira (Balance Sheet)
    2. Penyata Untung Rugi (Profit and Loss Statement)
    3. Penyata Aliran Tunai (Cashflow Statement)

    Data yang terdapat dalam kunci kira-kira (balance sheet), penyata untung rugi (income statement) dan penyata aliran tunai (cashflow statement)  di gunakan untuk mengira nisbah-nisbah kewangan untuk mengetahui bagaimana kewangan syarikat itu diuruskan, dan membantu untuk mengawal isu-isu kewangan syarikat dengan baik.

    Pelabur-pelabur boleh membuat keputusan pelaburan yang jelas berdasarkan data-data yang diberi oleh syarikat dalam penyata  kewangan yang disediakan pada setiap tempoh perakaunan.  Kunci kira-kira, penyata untung rugi dan penyata aliran tunai memberi informasi berlainan berkenaan posisi kewangan (kesihatan kewangan) sebuah syarikat, tetapi asas perakaunannya saling berkaitan.

    1. Kunci kira-kira

    Juga di kenali sebagai penyata posisi kewangan , kunci kira-kira syarikat memberi informasi NILAI syarikat (Company worth).

    Kunci kira-kira  melaporkan jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemegang saham pada masa yang di tetapkan, dan ia mengikut formula perakaunan iaitu

    ASET = LIABILITI + EKUITI PEMEGANG SAHAM

    Aset syarikat hanya boleh diperolehi dari ekuiti pemegang saham atau melalui liabiliti, seperti pinjaman bank atau kredit, di mana kunci kira-kira menunjukan kaitan terus dengan transaksi-transaksi ini.

    Kunci kira-kira memberi gambaran ringkas akaun syarikat di akhir tempoh perakaunannya.  Kenaikan atau penurunan aset di sebabkan oleh keuntungan atau kerugian dipindahkan terus ke dalam kunci kira-kira dari penyata untung rugi syarikat.

    1. Penyata Untung Rugi

    Penyata untung rugi syarikat melaporkan paras pendapatan yang diperolehi oleh sebuah syarikat dalam tempoh masa yang di tetapkan, dan juga perbelanjaan yang berkait terus dengan pendapatan yang diperolehi.

    Kiraan untung rugi syarikat bermula dengan menyenaraikan pendapatan kasar dari jualan produk atau servis, kemudian menolak jumlah wang yang di jangka tidak dapat di kutip dari jualan tertentu di sebabkan oleh pemulangan atau diskaun jualan.  Bakinya adalah pendapatan bersih syarikat.

    Perbelanjaan yang berkait dengan kos penjualan ditolak dari pendapatan bersih ini untuk mendapat   keuntungan kasar.  Perbelanjaan operasi pula ditolak dari keuntungan kasar, dan memberi keuntungan operasi sebelum perbelajaan faedah dan cukai pendapatan.  Keuntungan atau kerugian bersih di tentukan selepas menolak perbelanjaan faedah dan cukai.

    Sebarang kenaikan atau penurunan aset di sebabkan oleh keuntungan atau kerugian yang di laporkan dalam penyata untung rugi dipindahkan ke dalam kunci kira-kira, dan jumlah keuntungan atau kerugian yang di laporkan dalam penyata untung rugi juga di masukkan dalam penyata aliran tunai sebagai aliran tunai dari operasi.

    UNTUNG KASAR =  JUALAN – KOS JUALAN



    UNTUNG BERSIH =  UNTUNG KASAR – PERBELANJAAN OPERASI



    1. PENYATA ALIRAN TUNAI

    Penyata aliran tunai melaporkan semua aliran kemasukan dan aliran keluaran tunai dalam satu tempoh perakaunan.  Penyata kewangan ini menunjukkan kenaikan atau penurunan jumlah bersih tunai yang ada untuk satu tempoh perakaunan.  Penyata aliran tunai ini dipecahkan kepada beberapa aktiviti, iaitu  aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan (financing).

    Informasi dalam penyata aliran tunai ini menjelaskan perubahan yang di laporkan dalam kunci kira-kira, dan juga menjelaskan perubahan paras transaksi keuntungan atau kerugian yang di laporkan dalam penyata untung rugi.

    DUIT MASUK – DUIT KELUAR = BAKI TUNAI

    Kesimpulannya penyata kewangan adalah penting untuk ketahui kesihatan kewangan perniagaan anda

    Berikut ada rajah menunjukan kaitan 3 penyata kewangan

    3-penyata-kewangan-picture

    Kredit kepada Investopedia, March 18 2015
    Diterjemah oleh : Sharifah Rolan Syed Hitam
    Gambar “Do you having a missing link or two ” adalah dari website In-Context Finance