ELAK BAYAR CUKAI – CCRIS

Kenapa nak elak bayar cukai?  Kebiasaannya bila individu nak buat pinjaman nak beli rumah atau untuk tujuan perniagaan individu tersebut gagal untuk mendapatan kelulusan pinjaman walaupun duit banyak dan mampu untuk bayar bulan-bulan.

Pernah berlaku kepada sahabat saya beliau nak beli rumah tapi loan tak lulus sebab tiada rekod cukai , daftar cukai pun tiada. Bila kita daftar cukai ianya merupakan satu bonus point menunjukan kita ada duit lebih dan mampu urus kewangan dengan baik

Jika ada perniagaan pun sama , nak beli asset terutama bangunan komersial atau kilang , kalau tiada rekod kewangan yang baik bagaimana nak kira jumlah keuntungan dan jumlah cukai yang perlu di bayar. Pada pendapat saya undang-undang cukai ini ada baiknya juga sebab ianya akan displinkan individu agar simpan semua rekod kewangan dengan baik .

Tahukan anda jika anda simpan semua resit belanja dan rekod dengan betul ada kemungkinan jumlah cukai yang perlu bayar adalah lebih rendah dari yang anda sangkakan

LHDN cadang senaraikan pengelak cukai tegar dalam CCRIS

LHDN cadang senaraikan pengelak cukai tegar dalam CCRIS

Kesan akibat tersenarai dalam CCRIS akan mempengaruhi penilaian oleh pihak bank berhubung pinjaman. – Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bercadang menyenaraikan individu yang gagal mematuhi pembayaran cukai dalam sistem rujukan maklumat kredit berpusat (CCRIS) mulai tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sabin Samitah berkata langkah itu bagi meningkatkan kadar pematuhan cukai semasa dan membendung aktiviti pelarian cukai.

Ujar beliau, tindakan tegas itu akan diambil LHDNM khususnya ke atas golongan pengelak cukai tegar.

“Mereka ini sebenarnya telah diberi peluang untuk membayar cukai tertunggak secara ansuran walaupun setelah pelbagai kali peringatan diberikan, mereka masih gagal buat seperti yang telah dipersetujui antara mereka dan LHDNM.

“Jadi pada tahun hadapan, LHDN bercadang untuk menyenaraikan pembayar cukai tegar ini kepada CCRIS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran operasi khas bersepadu “Task Force 2 Bilion” (TF2B 2017) di ibu pejabat LHDNM, di sini, hari ini.

Ditanya pemberita sama ada langkah itu dilihat sebagai ‘keterlaluan’, ujarnya, LHDN terpaksa menggunakan pendekatan itu ekoran pembayar cukai telah diberi banyak peluang untuk melangsaikan cukai yang tertunggak.

“Ini tidak bermakna LHDNM menyusahkan mereka sebab sebelum kita senaraikan mereka ini, kita telah memberi mereka peluang untuk membayar secara ansuran.”

“Tindakan ini adalah perlu untuk memberi keadilan kepada pembayar cukai yang lain yang patuh kepada peraturan bayaran yang telah kita berikan kepada semua pihak yang memerlukan pembayaran secara ansuran, sekiranya mereka mempunyai masalah kewangan,” katanya.

Akibat daripada tersenarai dalam CCRIS, ia akan mempengaruhi penilaian oleh pihak bank berhubung pinjaman.

Ini bermakna mereka yang tersenarai akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman bank dan kad kredit.

Buat masa ini, mana-mana pembayar cukai yang gagal membayar tunggakan cukai mereka walaupun notis peringatan diberikan, akan dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara di bawah peruntukan Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

GAGAL BAYAR CUKAI – INDIVIDU DI BLACK LIST

Jika kita berniaga, salah satu  perkara penting adalah pengurusan kewangan yang baik. Pengurusan kewangan yang baik akan bantu bukan sekadar untuk tahu jualan  dan untung  perniagaan , ianya juga akan bantu untuk mengira cukai yang perlu di bayar. Sebagai pengarah syarikat and perlu ambil tahu mengenai kewangan syarikat/perniagaan anda

 

Laporan audit: 128,165 individu gagal bayar cukai

  | November 21, 2016

sumber gambar : http://www.freemalaysiatoday.com/

sumber gambar : http://www.freemalaysiatoday.com/

Pengauditan meliputi tindakan sekatan perjalanan ke luar negara merangkumi kes CP (Akta Cukai Pendapatan) dan CKHT (Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah).

PETALING JAYA: Seramai 128,165 individu termasuk pengarah syarikat disenaraihitamkan dan dilarang ke luar negara kerana gagal menjelaskan bayaran cukai pendapatan berjumlah RM3.4 bilion sehingga Jun 2016.
Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 melaporkan, daripada jumlah pembayar yang ingkar itu, sebanyak 118,433 dikenakan tindakan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 manakala 9,732 lagi di bawah Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

“Pengauditan ini meliputi tindakan sekatan perjalanan ke luar negara merangkumi kes CP (Cukai Pendapatan). Senarai kes yang dikemas kini sehingga 31 Disember 2015.

“Kes CKHT (Cukai Keuntungan Harta Tanah) senarai kes yang didaftarkan bagi tempoh 2013 hingga 30 Jun 2015 dan pengauditan ini dijalankan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dipilih di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, bilangan sekatan perjalanan ke luar negara mengikut Akta CP 1967 menunjukkan 3 negeri terbanyak iaitu Sabah, Sarawak dan Selangor.

“Di Sabah, 740 individu disekat. Manakala, di Sarawak sebanyak 500 dan Selangor 452 individu disekat,” katanya.

Manakala, bilangan sekatan perjalanan ke luar negara mengikut Akta CKHT 1976 menunjukkan 3 negeri terbanyak iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Perak.

“Di Pulau Pinang mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 150 individu disekat. Manakala di Kuala Lumpur sebanyak 125 individu dan di Perak 124 individu disekat ke luar negara,” katanya.

Petikan dari http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/21/laporan-audit-128165-individu-gagal-bayar-cukai/

 

=========

2016 semakin sampai ke hujung , jika anda belum mula buat pengurusan kewangan anda masih belum terlambat anda boleh mula dari sekarang

 

Faridah Hanif
Bilik Kira-Kira Bisnes