6 KATEGORI UNTUNG PERNIAGAAN

Setiap orang yang mulakan perniagaan salah satu sebab nak UNTUNG dalam perniagaan . Berniaga mesti UNTUNG , berapa lama masa yang diperlukan untuk dapat untung dalam perniagaan ?

Ada yang cepat dan lambat, dalam perniagaan kita mesti kena tahu cara kira untung/rugi perniagaan. Setiap perniagaan yang telah beroperasi lebih dari 1 tahun mesti faham apa yang ada dalam PENYATA UNTUNG RUGI (PROFIT AND LOSS STATEMENT) . Penyata Untung/Rugi  dikira untuk satu tempoh masa kebiasaannya dalam tempoh 1 tahun.

1117107204-pl-graphic

Terdapat 6 jenis UNTUNG/RUGI perniagaan

  1. Untung /Rugi Kasar (Gross Profit/Loss)
  2. Untung/Rugi sebelum interest tax dan susutnilai (  Earnings Before Interest Tax  Depreciation Amortization – EBITDA)
  3. Untung/Rugi sebelum  Cukai (Earnings before Interest Tax – EBIT)
  4. Untung/Rugi Selepas Cukai  (Profit After Tax – PAT)
  5. Untung/Rugi Bersih ( Net Profit)
  6. Untung/Rugi Terkumpul (Retained Earnings)

Setiap satu ada formulanya sendiri.  Setiap untung/rugi ini ada peratus margin yang akan akan menjelaskan sebenarnya bagaimana pencapaian perniagaan,  sihat atau sebaliknya. Ianya juga akan memberi petunjuk (indicator) cara untuk meningkatkan untung dan mengurangkan kos. Erti kata lain bila kita tahu untung rugi perniagaan ianya boleh bantu untuk membuat keputusan yang terbaik untuk perniagaan.

Formula 6 jenis untung rugi ini akan dikongsikan dalam post yang akan datang.

Ambil tahu Untung Rugi Perniagaan untuk kembangkan perniagaan anda

Terima kasih

Faridah Hanif

Pengurusan Kewangan Digital