SMALL EXPENSES ( BELANJA KECIL)

Kita sering berbelanja tidak kira untuk tujuan peribadi atau bisnes

Tahukah anda belanja-belanja yang kecil , bila dikumpul-kumpul jadi banyak

5 jenis belanja kecil yang mudah menjadi banyak bila ditambah-tambah, belanja-belanja ini boleh dikawal

  1. Sering makan diluar  atau beli jajan untuk makan seperti makan fast food, goreng pisang, donut, coolblog, smooties dan lain-lain. Cuba anda fikirkan kalau keluar sahaja mesti nak makan atau minum . Kalau nak minum contoh air ais blend paling murah adalah dalam RM3 ke atas, seorang boleh lagi biasanya keluar ramai-ramai jadi beli lebih dari satu atau tiga nak belanja kawan terus kelaur duit belanja boelh sampai RM10
  2. Tidak ambil peduli Caj bank atau caj card kredit –  biasa nak keluar duit dari bank guna kad atm, kalau nak cepat guna keluar duit guna mesin MEPS dah kena caj RM1.06 dikenakan. Sama seperti bank transfer menggunakan internet banking guna GIRO ( transfer duit bank berlainan) tambah-tambah nak duit cepat buat instant transfer dah ken caj RM0.53. Sebulan kalau buat transaksi 10 kali dah jadi RM5.30
  3. Top up bil telefon , internet,  bill TV berbayar – hampir semua rakyat sekarang guna telefon pintar dan stesyen TV berbayar kebanyakan mereka adalah pengguna prepaid. Mula top ip RM10, tak sampai seminggu kredit habis pastu top up lagi , top lagi. Nak guna data internet top up lagi. Kalau yang perniaga sekali top up dalam RM30. Sebulan top up 4 kali berapa belanja telephone dan internet. Untuk yang bayar untuk menonton TV berbayar, bayar bulan-bulan tapi ada masa ke nak tonton ? Belanja telefon, internet dan stesyen TV berbayar juga boleh dikawal belanja .
  4. Membeli barang keperluan dapur ketika lapar. Pelikan bila lapar pastu keluar beli barang dapur mulalah kita fikir nak beli ini nak beli tu main capai je apa yang ada kat supermarket. Tengok-tengok troley pun dah penuh. Mula kata nak beli sayur je tapi beli juga barang-barang lain sekali seperti biskut ,chocolate, air berkabonat,  ikan,  barang toiletories dan macam- macam lagi. Bila shopping time lapar kita akan belanja lebih kepada makanan jajan (junk food) ..fikir fikirkan.. pasni nak shopping barang dapur jangan pergi masa lapar.
  5. Kerap guna  kereta untuk keluar tanpa sebab. Sebut sahaja nak keluar amik kunci terus drive , tengok minyak dah kurang dah kena isi. Dengan keadaan sekarang dan harga minyak naik naik naik. Belanja minyak tambah. Kalau dah keluar bukan bukan keluar seorang , keluar ramai-ramai jumpa kawan atau ada meeting.  Cara memandu pun nak laju , ada bumper atau lubang kat jalan raya main redah sahaja. Buka semua memandu sebegitu tapi ada segelintir. Bila cara memandu kurang berhemahbukan belanja minyak banyak tapi belanja serive dan repair kereta pun meningkat. Ini adalah belanja kecil yang dikurangkan.

Bayangkan jika dapat kawal belanja kecil ini berapa banyak penjimatan yang bolwh dibuat.

Sedikit perkongsian dari saya sebab 5 perkara ini kalau kita diaplinkan diri kita , belanja-belanja kecil ini boleh dikawal dari bertambah-tambah. Kalau tak percaya cuba kumpul semua resit belanja kecil ini dan kira. Anda akan tahu ..

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda 
Faridah Hanif

RizQTR – Kewangan Digital