LEMBAGA (LHDN) MULAKAN OPERASI

Golongan professional adalah target seterusnya LHDN . Ada sebahagian dari gologan ini GAGAL mengistyihar pendapatan mereka.

LHDN Buru Golongan Profesional

Published on Aug 29, 2017 Sumber Bernama

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melancarkan operasi pengauditan berhubung isu percukaian ke atas golongan profesional melibatkan arkitek, peguam dan jurutera dalam masa terdekat, kata Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Sabin Samitah.

Beliau berkata berdasarkan analisis risiko, maklumat pelbagai pihak termasuk pihak ketiga dan analisis Bank Negara Malaysia, terdapat kalangan golongan itu yang tidak mengisytiharkan pendapatan mereka.

Tanpa mendedahkan jumlah yang disasarkan di bawah peruntukan Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967, Sabin berkata operasi itu mungkin dilaksanakan pada bulan depan atau Oktober nanti. “Saya nasihatkan kepada golongan profesional ini untuk datang ke LHDN dan membuat pendedahan sukarela,” katanya pada sidang media selepas majlis Perhimpunan Merdeka 2017 di sini hari ini.

Mengenai sasaran kutipan cukai sebanyak RM127.7 bilion tahun ini, Sabin berkata ia boleh dicapai namun terdapat beberapa ‘kekangan’ antaranya pengumuman pengurangan kadar cukai sebanyak satu peratus yang boleh mengurangkan kutipan hasil. “Satu lagi adalah kutipan cukai dari hasil petroleum, mengikut anggaran, LHDN sepatutnya memperoleh RM8 bilion, tetapi sehingga kini kita baru mendapat RM3 bilion, ini antara cabaran kita,” katanya.

Setakat ini katanya, LHDN berjaya mengutip cukai berjumlah RM75.7 bilion, meningkat 2.72 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ditanya sama ada LHDN sengaja menyasarkan keluarga Tun Dr Mahahir Mohamad dalam siasatan membabitkan percukaian ekoran laporan serbuan LHDN ke pejabat anak-anak bekas perdana menteri itu, beliau berkata pihaknya tidak mengamalkan tindakan siasatan selektif atau bermotif politik. “Tidak ada campur tangan politik.

Sebarang siasatan atau tindakan audit terhadap mana-mana individu atau syarikat adalah berdasarkan analisa risiko yang teliti oleh LHDN.

“Apabila kita siasat atau audit, LHDN tidak saja siasat satu syarikat atau satu pengarah tetapi akan melakukan siasatan ke atas kumpulan syarikat itu. Itulah yang diamalkan di negara-negara lain,” katanya.

Sabin dalam pada itu berkata LHDN mendapati kira-kira 20 peratus daripada peniaga makanan yang dilawati sepanjang bulan ini dalam operasi Op Saji tidak mempunyai fail cukai pendapatan.

“Bagi yang sudah mempunyai fail cukai pendapatan, hampir 10 peratus gagal isytiharkan cukai mereka melalui borang nyata cukai pendapatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi dan Multimedia Korporat LHDN Masrun Maslim menasihatkan pelakon Shaheizy Sam supaya menyelesaikan segala tunggakan cukai dalam tempoh enam bulan ini sebelum prosiding kes bankrap terhadapnya difailkan pada 15 Februari tahun depan.

Beliau berkata jika semua tunggakan dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan, LHDN akan menarik balik kebankrapan terhadap pelakon berkenaan. “Buat apa yang patut dan jangan berlengah. Jika dia sudah menyelesaikan semua tunggakan dan cawangan guaman kita berpuas hati, kita boleh tarik balik (notis kebankrapan),” katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan sehingga 15 Februari tahun depan bagi LHDN memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas pelakon Shaheizy Sam. –

 

Faridah Hanif

Advertisements

“SHAHEIZY SAM KATA DIA TAK TAHU MENAHU PUN PASAL NI” 

Minggu lepas kecoh cerita Shaheizy Sam hutang LHDN 300k.

Ringkasan Cukai kena bayar RM300k
Pendapatan kena cukai RM1.07 juta
Lambat bayar penalti 10%
Tak declare cukai penalti lagi

Banyaknya kena bayar  cukai dan penalti , semua ini boleh kalau buat ikut cara yang betul tidak akan tahu

Jangan sebut tidak tahu pasal hal cukai , semua orang tahu kalau ada pendapatan kena bayar cukai cuma tidak tahu berapa banyak kena bayar cukai.

MULAI SEKARANG AMBIL TAHU PASAL CUKAI

Jenis cukai.JPG

 

#kewangandigital

#RizQStarZ – Faridah Hanif

Berapa INCOME Shaheizy Sam Ni Hah? (Citer Ni Panjang Tapi Banyak Pengajaran)

Kecoh minggu ni pasal seorang artis bakal muflis sebab hutang LHDN RM300k. Ramai tertanya2 berapa income dia. Jawapan dia net taxable income dia lepas tolak segala mak nenek pelepasan cukai ialah RM1.07 juta (28% maximum tax rate). TETAPI, kalau sampai stage muflis ni, rasanya tu dah termasuk penalti tu. Gila kau sebulan bayar lewat pun penalti 10% woo…!
.
Andaian saya itu kalau personal tax lah. Kalau under SDN BHD mungkin lebih rendah. Anyway, mai saya nak citer sikit pasal beberapa benda yg anda mungkin tak tahu. 
.
“GILE KENCANG INCOME SAM!” 
.
Kencang laa, sbb tu anak muda skrg semua nak jadi artis & instafeymes. Kawan saya dulu berlakon pak pacak pun RM25k dia dapat. Hero citer tu dapat RM120k.
.
Jadi duta lagi masyukkkk. Keje marketing dulu boss saya citer pernah nak propose kat Lisa RM200k jadi duta. Kes mahkamah Vanida punya payment RM400k+ jadi duta RonaSutra. Kalau artis tu lagi popular mcm Ayda Jebat & Datuk Siti Nurhaliza lagi kencang maa. Oh ya jgn lupa dulu zaman Mawi feymes dia collect lebih RM2 juta sbg duta macam2. 
.
“KEJAM GILER LHDN SAMPAI 28% DIA CEKAU!” 
.
Ini semua undang2 yg dah ditetapkan. Akta Cukai Pendapatan pun tahun 1967 kot. Semua rakyat berpendapatan kena bayar income tax. Lagi banyak income, lagi banyak tax. Takde income, takdelah tax (tapi camne nak hidup? Hahaha  caranya ialah hidup dgn tax-free income spt dividen ASB @ Tabung Haji).
Anda dicukai bila income anda layak dicukai sahaja. Secara mudahnya, income sebulan bawah RM3000 tak perlu bayar cukai. Kalau kena tax 28%, anda masih ada 72% lagi bahagian anda. Tak lah teruk sangat kan? Sbb di sesetengah negara maju ada yg sampai 45%!
.
Ya ya ya and they will say “TAPI KERAJAAN MEREKA TAKDE RASUAH, KEBAJIKAN & KESEJAHTERAAN RAKYAT MEREKA TERJAGA. PUBLIC TRANSPORT MEREKA CEKAP & MENYELURUH. BUKAN MACAM KERA-JAAN KITA! SONGLAP 50 JUTA CASH SIMPAN DALAM ALMARI PUN BOLEH MASUK KERJA BALIK!” Ok, saya faham. Tapi tu lain kali lah kita cerita yer  now back to topic.
.
Anda dicukai atas taxable income sahaja. Kalau bisnes, lepas tolak semua kos2 yg dibenarkan. Kalau personal tax, lepas tolak pelepasan. NET INCOME sahaja yg dicukai, itupun max 28%. Anda sepatutnya ada baki selebihnya utk hidup. Faham?
.
Kesedaran tentang income tax ni sangat2 rendah di kalangan masyarakat. Saya graduate accounting, so saya tahu benda ni MESTI KENA TAHU. kalau anda bukan background accounting mungkin anda pun tak tahu yg benda ni kena buat. Ia sebahagian daripada ilmu kehidupan yg anda kena ada, sama seperti ilmu parenting or driving.
.
Pada usia saya awal 30-an ni, majoriti kawan saya tak pernah amik tau pun pasal taxation. Tax filing pun tak pernah buat padahal dah bertahun2 kerja / berniaga kalau LHDN dapat memang senakkk nak bayar tax. Kalau tak kena tax pun, mungkin kena penalti.
.
Che Ta pernah kena tahan masa nak pergi overseas sebab tak bayar tax kan? It always happens to business owners. Keluar media sana sini income sebulan 20-30k, sampai 100k pun ada. Dapat duit, joli semua pergi melancong, beli kereta baru, renovate rumah dsb (yg tak boleh tolak cukai pun). Duit utk bayar tax tak set aside. Koman2 30% dari net income kena tolak tepi utk tax + zakat + GST. 
.
Saya tahu ramai je kira tax main hentam. Banyak lari sana sini. Renovate rumah dia tolak, pergi umrah dia tolak, semua benda habis nak ditolak. Mana boleh gitu. It must be “wholly & exclusively” for business. Semoga mereka semua yg buat begitu hasil tunjuk ajar “mentor” selamat hendaknya. 
.
“APA AKIBATNYA BILA BENDA NI RAMAI TAK BAYAR TAX OR BAYAR TAX KURANG DARI SEPATUTNYA?” 
.
3 huruf saja lor, GST. GST adalah usaha utk mencukai SEMUA ORANG. so income anda banyak atau sikit, anda tak boleh lari dari membayar GST. Peniaga (macam saya, sigh ) pun tak dapat lari dari jadi “pengutip GST”  Now GST kena bayar, income tax pun kena bayar. Semua org tak dapat lari lagi  Semoga negara kita bertambah maju hendaknya lepas ni. Kesian pada golongan makan gaji sbb mereka jadi mangsa, tak pasal2 kena caj extra 6% kan. Peniaga jadi “tukang kutip GST” je. 
.
“TERUK SANGAT KE KALAU MUFLIS NIH?” 
.
Teruk lah. Antara impaknya ialah anda tidak boleh memiliki aset, tak boleh ada akaun bank dan tidak boleh ke luar negara. Kalau ada rumah, kena jual rumah tu. Ada akaun bank, bank akan tutup akaun kita secara paksa. Dah book flight gi honeymoon overseas? Burn je lah. Semua aset akan dicairkan utk bayar pihak yg kita hutang. 
.
Hutang > RM30k boleh declare bankruptcy. Kalau ada org hutang anda lebih RM30k, pergilah file for muflis. Biar padan muka dia.  Tapi hutang betul2 yg ada dokumen ye. Hutang kena sontot or join skim ponzi tak boleh lah. 
.
“SAM KATA DIA TAK TAHU MENAHU PUN PASAL NI” 
.
Hahaha. Semua jabatan kerajaan ni ada connection. Anda beli rumah, beli kereta, duit dalam akaun ada berapa banyak, tu semua diorang boleh tahu. Nak detect anda duduk mana bukan susah pun apatah lagi jika anda org terkenal. Saya ni ha dapat SMS, dapat surat, dapat email dll dari LHDN bila bab cukai. Camne plak boleh kata tak tahu menahu? Come onnnn. The government knows everything, and can haunt you down. Dont forget that. They can & will inform u in all sorts of communication. 
.
PENUTUP
.
Panjang dah cerita ni. Sebagai penutup, saya sampaikan pesanan ejen cukai saya lah iaitu “biar kita ikut undang2, supaya malam boleh tidur lena. Kita elak itu ini nak enjoy hidup pun tak tenang”.
.
LHDN makin agresif. Negara nak pakai banyak duit nih. Baru semalam kuar TV nak buat ECRL pulokkk  They’re just doing their job, so you just play by the rules lah. 
.
Anda bukannya PM yg boleh ubah undang2 negara or hapuskan income tax. Have to live with it lah. Tapi, belajarlah “kurangkan tax”, dan bukannya “elakkan tax”. Tak paham apa2 pasal tax? Cari la member2 background accounting @ hire tax agent. Bersepah ada kat Malaysia ni. Caj pun tak mahal sangat. 
.
LHDN ni time kutip tax, semua nak cepat. Lewat je kena penalti. Time refund, lebih sebulan tak dapat lagi. Rupanya saya kena audit. Haha. Tapi ejen saya power. Tak dapat surat lagi dia dah suruh saya “attack” dulu. 3 hari settle dapat RM62k  Alhamdulillah 
.
Pepatah Presiden lama US, 2 benda adalah pasti iaitu MATI & CUKAI tapi kat Malaysia ada tax-free income, cthnya dividen ASB, Tabung Haji & jual hartanah lepas tempoh RPGT (5 tahun dari tarikh SNP). Apapun, anda tak boleh elak dari terlibat dengan cukai. Stop being ignorant, start learning about taxation. Orait? 
.
Silakan SHARE & TAG info2 ni dgn rakan2 ya. 
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
.
P/S: Maaf tak dapat tag ejen saya tu sbb beliau baru saja kemalangan & sibuk dgn kerja MNC beliau. Next time orait 

 

Kredit kepada  

 

 

LHDN SEDANG MEMERHATI JUTAWAN SEGERA

“LHDN Sedang Memerhatikan ‘Jutawan Segera’ MLM dan Bisnes Online” Mengapa pagi ni saya asyik la jumpa topik2 yang begini je…. dan saya tergerak nak share dengan semua sahabat2 saya di sini..

Saya bukan tax agen… Bukan juga penjawat awam LHDN…..

Saya percaya semuanya ini berlaku dengan izin dan gerak dari Allah swt….

http://www.majalahlabur.com/kewangan/cukai/lhdn-sedang-memerhatikan-jutawan-segera/

Nora

#kewangadigital

#RizQStarZ

4 CARA RANCANG CUKAI PERNIAGAAN

Entrepreneur tax planning

Pada masa sekarang ramai yang nak jadi usahawan, bagus tu nak jadi usahawan, antara perkara-perkara yang perlu usahawan tahu adalah

  • Siapa pelanggan anda
  • Penjenamaan (Branding)
  • Marketing
  • Jualan
  • Kos dan Belanja
  • Untung/Rugi Bisnes
  • Cashflow perniagaan
  • Cukai perniagaan

Bahagian Jualan memang ramai usahawan mahir , tapi nak kawal aliran tunai masih ramai perlu perbaiki kerana sering dengar usahawan berkata “Jualan banyak , jadi cukai kena bayar tinggi ,untung bisnes pun sikit  mana cukup duit nak bayar cukai”

Bila buat bisnes mesti akan untung , bila dah untung kena bersedia untuk berhadapan dengan cukai, tahun pertama mungkin rugi , tahun kedua ada untung sikit , tahun ketiga untung naik sebab bisnes dah berkembang. Bila untung  banyak kena bersiap untuk kira cukai. Cukai pendapatan dikira dari pendapatan bersih (Untung Bersih Bisnes) bukan dari Jualan sahaja.

Bila mulakan bisnes dari awal lagi buat perancangan cukai perniagaan anda, target bila akan untung dan asing  sebahagian duit untung untuk bayar cukai.

4 Cara Rancang Cukai Perniagaan

  1. Memahami kewajipan cukai anda
  2. Asingkan wang cukai setiap bulan
  3. Semak Unjuran (projection ) perniagaan (Jualan , Untung/Rugi , Cukai)
  4. Minta khidmat nasihat dari pihak luar

 

Memahami kewajipan cukai anda dan merancang lebih awal untuk cukai boleh membantu anda menjimatkan wang dan mengurangkan tekanan apabila tiba masa untuk bayar cukai. Pendekatan proaktif ini akan membantu anda untuk menguruskan aliran tunai dengan lebih baik dan tetap fokus kepada aspek lain dalam menguruskan perniagaan anda.

Sumber dari

http://articles.bplans.com/startup-tax-planning-for-better-cash-flow-management/

#kewangandigital
#RizQStarZ