SIGN PENYATA KEWANGAN – LAPORAN AUDIT


Wahab, Wahib dan Wahub sign penyata kewangan. (Panjang ni)
.
.
Setahun sudah berlalu, February muncul kembali, dengan draft audit report. Mereka tutup akaun 31 December. Bulan satu hantar akaun, bulan dua dah ada draft audit.
.
.
Draft audit dibentangkan dalam board meeting. Hussin Lempoyang tak boleh masuk board meeting. Sebab dia bukan Pengarah. Semua audit adjustment dan teguran pihak audit di berikan kepada BOD.
.
.
Wahab, Wahib, Wahub faham siapa yang buat akaun. Bukan auditor. Auditor memeriksa sahaja. Dibawa bersama akauntan yang menyediakan akaun. Agar akauntan boleh menjawab teguran auditor.
.
.
Kenapa mereka tak tanya apa apa pasal akaun pada auditor? Sebab, sebelum akaun diserah untuk audit, mereka dahulu telah dibentangkan secara terperinci mengenai akaun oleh akauntan. Setelah mereka berpuas hati, baru akaun diserahkan pada auditor.
.
.
Sebelum auditor menjalankan kerja kerja audit, Pengarah akan sign satu akuan. Dalam surat tu pengarah dan mengaku akaun tu betul. Takde fraud. Takde tipu tipu.
.
.
Selalunya dua orang Pengarah akan jadi wakil untuk sign akaun yang diaudit. Sign tu akuan semua akaun tu betul. Auditor sign tu dia cakap, dia dah periksa akaun tu mengikut prosidur audit. Dengan bukti yang dijumpai, akaun itu benar dan saksama atau sebaliknya.
.
.
Siapa yang bertanggungjawab dekat akaun tu? Wahab, Wahib dan Wahub lah.
.
.
Auditor? Auditor bertanggungjawab periksa dengan piawaian audit. Bukan periksa 100%. Kalau auditor tak ikut piawaian audit, dan akaun tu salah, baru auditor dipertanggungjawabkan.
.
.
Dah siap audit, akaun beraudit tu dibentangkan pada Hussin Lempoyang. Dari situlah Hussin Lempoyang tahu kedudukan kewangan 3Abdul Sdn Bhd.
.
.
Hussin Lempoyang yang lantik Auditor. Kalau dia rasa auditor tak berapa bagus. Dialah yang kena tukar auditor. Nak tukar auditor suruhlah company secretary yang uruskan. Masa paling sesuai adalah masa AGM. Kalau tak masa EGM kena buat meeting lain.
.
.
Apa yang Hussin Lempoyang nak dari penyata kewangan tu? Nak dividend lah. Itu je lah income tahunan dia boleh dapat. Dia tak dapat gaji. Sebab dia bukan pengarah bukan juga pekerja. Dia shareholder.
.
.
sumber : Sign Lapuran Audit

Advertisements