PROSES REKOD JUALAN DAN BELIAN

Slide6

Slide14

Advertisements

CASH FLOW VS PROFIT

Cash flow dan Profit  adalah 2 perkara yang berbeza tapi kedua-duanya adalah penting dalam pengurusan kewangan bisnes/syarikat

CASH FLOW

Aliran duit masuk duit keluar  untuk transaksi operasi  , pelaburan dan pinjaman. Duit diperlukan untuk jalankan perniagaan.

 

Ada 2 perkara perlu ingat mengenai cash flow

  1. Bisnes boleh jadi untung tapi duit cash tidak cukup
    Jualan banyak tapi pelanggan berhutang banyak (jualan kredit ), 6 bulan masih tak bayar-bayar lagi . Ini tak masuk lagi buat jualan tapi tak buat invoice tak tahu jual kat siapa dan tak tahu nak kutip hutang dari siapa.

    Belian supplier nak COD je  (cash on delivery) paling-paling lama dia bagi kita bayar lambat dalam 15-30 hari, itu pun bukan semua supplier nak bagi kredit terms .

    Pastu kena fikir nak bayar gaji , bayar sewa , api air dan lain-lain belanja.

  2. Jualan kencang tapi ini tidak semestinya bisnes anda untung 

    Bila jualan kencang , nak kena bayar supplier pun banyak juga , jadi bila duit tak cukup and buat loan pastu nak kena bayar loan dan interest tinggi (belanja makin bertambah) dan bisnes boleh jadi rugi.

PROFIT (UNTUNG) – Income Statement

Pendapatan bersih (Net income) adalah segala jualan (pendapatan) tolak semua kos dan belanja . Adalah jelas pada prinsipnya bahawa bisnes tidak boleh bertahan lama melainkan ada untung, kadang-kadang perlu tahu apakah kos-kos jualan untuk menentukan harga jualan . Jika salah kira kos mungkin bisnes tidak untung dan duit semakin kurang ,silap-silap kena tutup kedai

Item-item Cash flow dan Profit

 

Sumber ; the balance small business

 

 

7 ANGKA KEWANGAN BISNES ENTREPRENUER MESTI TAHU

7 ANGKA KEWANGAN BISNES ENTREPRENUER MESTI TAHU

Yahya seorang entrprenuer yang telah mula berniaga sejak 2 tahun yang lepas . Yahya telah mulakan perniagaan dengan sejumlah wang yang agak besar. Selama setahun Yahya telah bertungkus lumus buat operasi bisnes untuk memastikan bisnes Yahya akan berada dalam keadaan sihat. Semua kerja-kerja pengurusan dan operasi bisnes Yahya buat sendiri hingga tidak ada masa untuk urus kewangan bisnes Yahya.

Pada akhir tahun kedua Yahya mula mengadu kepada kawan dia Amin

Yahya    :Amin, Aku dah keluarkan modal yang banyak, tapi aku tak tahu duit aku pergi mana.  Tahun lepas duit aku banyak lagi tapi sekarng duit aku sekarang dah mula berkurang.

Amin     : Yahya , kau bisnes ini duit bisnes siapa jaga ?

Yahya   : Akulah jaga tapi aku mana sempat nak buat semua . Aku tengok akaun bank aku duit ada lagi , jadi aku rasa bisnes aku ok je , tapi makin lama duit bisnes aku makin susut. Macam mana ya?

Amin   :     Aku nak kongsi sikit . Bila kau dah buat bisnes kau mesti ambil tahu mengenai 7 Rahsia Angka Kewangan Bisnes

Untitled design.jpg
  1. Cash Flow
    Cash flow ini aliran tunai masuk dan keluar bisnes yang sangat penting .

    Inilah adalah nyawa bisnes

  2. Pendapatan Bersih

    Pendapatan Bersih segala pendapatan diterima tolak semua kos dan belanja bisnes termasuk bayaran cukai dan zakat dan anda boleh tahu sama ada bisnes anda buat duit atau kehabisan duit

  3. Penyata Untung atau Rugi

    Penyata Untung Rugi yang membongkarkan rahsia pendapatan tolak kos dan belanja untuk satu tempoh masa iaitu bulanan atau tahunan yang diguna untuk membuat unjuran dan perancangan masa depan bisnes anda

  4. Jualan 

    Jualan penting untuk bisnes dan mesti di pantau hari-hari , jika jualan turun akan ada masalah and and kena buat sesuatu untuk naikan jualan . Jika jualan naik perlu analisa apa punca jualan naik , dengan cari  ini anda boleh perbaiki dan fikirkan cara untuk naikan jualan lagi

  5. Harga Jualan

    Harga jualan mesti mengambil kira segala kos jualan untuk kira untung

  6. Margin Untung Kasar

    Untung kasar adalah segala jualan tolak kos jualan yang akan  menentukan adalah ianya cukup untuk membayar belanja-belanja oeprasi seperti gaji, merketing dan pentadbiran pejabat.

  7. Inventori
    Pantau inventori jika inventori terlebih buat sesuatu untuk kurangkan inventori. Jika inventori semakin berkurang ini bagus sebab tanda jualan baik tetapi jangan lupa untuk top up inventori

Sumber : Website American Express Company