7 ANGKA KEWANGAN BISNES ENTREPRENUER MESTI TAHU

Yahya seorang entrprenuer yang telah mula berniaga sejak 2 tahun yang lepas . Yahya telah mulakan perniagaan dengan sejumlah wang yang agak besar. Selama setahun Yahya telah bertungkus lumus buat operasi bisnes untuk memastikan bisnes Yahya akan berada dalam keadaan sihat. Semua kerja-kerja pengurusan dan operasi bisnes Yahya buat sendiri hingga tidak ada masa untuk urus kewangan bisnes Yahya.

Pada akhir tahun kedua Yahya mula mengadu kepada kawan dia Amin

Yahya    :Amin, Aku dah keluarkan modal yang banyak, tapi aku tak tahu duit aku pergi mana.  Tahun lepas duit aku banyak lagi tapi sekarng duit aku sekarang dah mula berkurang.

Amin     : Yahya , kau bisnes ini duit bisnes siapa jaga ?

Yahya   : Akulah jaga tapi aku mana sempat nak buat semua . Aku tengok akaun bank aku duit ada lagi , jadi aku rasa bisnes aku ok je , tapi makin lama duit bisnes aku makin susut. Macam mana ya?

Amin   :     Aku nak kongsi sikit . Bila kau dah buat bisnes kau mesti ambil tahu mengenai 7 Rahsia Angka Kewangan Bisnes

Untitled design.jpg
  1. Cash Flow
    Cash flow ini aliran tunai masuk dan keluar bisnes yang sangat penting .

    Inilah adalah nyawa bisnes

  2. Pendapatan Bersih

    Pendapatan Bersih segala pendapatan diterima tolak semua kos dan belanja bisnes termasuk bayaran cukai dan zakat dan anda boleh tahu sama ada bisnes anda buat duit atau kehabisan duit

  3. Penyata Untung atau Rugi

    Penyata Untung Rugi yang membongkarkan rahsia pendapatan tolak kos dan belanja untuk satu tempoh masa iaitu bulanan atau tahunan yang diguna untuk membuat unjuran dan perancangan masa depan bisnes anda

  4. Jualan 

    Jualan penting untuk bisnes dan mesti di pantau hari-hari , jika jualan turun akan ada masalah and and kena buat sesuatu untuk naikan jualan . Jika jualan naik perlu analisa apa punca jualan naik , dengan cari  ini anda boleh perbaiki dan fikirkan cara untuk naikan jualan lagi

  5. Harga Jualan

    Harga jualan mesti mengambil kira segala kos jualan untuk kira untung

  6. Margin Untung Kasar

    Untung kasar adalah segala jualan tolak kos jualan yang akan  menentukan adalah ianya cukup untuk membayar belanja-belanja oeprasi seperti gaji, merketing dan pentadbiran pejabat.

  7. Inventori
    Pantau inventori jika inventori terlebih buat sesuatu untuk kurangkan inventori. Jika inventori semakin berkurang ini bagus sebab tanda jualan baik tetapi jangan lupa untuk top up inventori

Sumber : Website American Express Company

Advertisements

7 ANGKA KEWANGAN BISNES ENTREPRENUER MESTI TAHU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s