3 BAHAGIAN PALING PENTING DALAM PENYATA UNTUNG RUGI

Penyata Untung Rugi  (Profit and Loss Statement) membongkarkan  rahsia angka-angka JUALAN dan UNTUNG/RUGI perniagaan setiap bulan/tahun,  ada 3 bahagian yang paling penting iaitu

  1. UNTUNG KASAR

    Untung kasar adalah   JUALAN – KOS ,  disini  boleh kenalpasti samada harga jualan yang betul atau anda memberi diskaun yang tinggi. Sebaiknya  buat perbandingan bulanan agar peratus untung kasar adalah konsisten dan tidak terlalu berbeza setaip bulan.

  2. PERBELANJAAN OPERASI

    Perbelanjaan operasi menunjukkan berapa banyak belanja untuk menjalankan perniagaan anda, tidak termasuk apa yang dibelanjakan untuk membuat produk anda. Bahagian ini termasuk gaji, faedah, pengiklanan, sewa, utiliti, susut nilai dan belanja operasi lain. Sesetengah item di sini mempunyai harga tetap manakala yang lain mungkin berubah atau bermusim. Sekiranya perbelanjaan naik dengan lebih cepat daripada keuntungan kasar, periksa untuk melihat di mana anda boleh mengurangkan belanja atau di mana  boleh bantu tingkat banyak jualan.

  3. UNTUNG BERSIH

    Untung bersih bahagian paling bawah dalam penyata untung rugi, kerana bahagian ini menunjukkan berapa banyak keuntungan atau kerugian yang dicapai.  Bandingkan angka dengan tempoh sebelumnya dan terhadap anggaran anda. Jika trend berada dalam arah yang menurun, buat analisa untuk kenalpasti dibahagian mana yang nampak arah menurunGunakan data ini untuk mengira margin bersih, atau nisbah pendapatan bersih kepada jualan bersih.

Advertisements