DIVIDEN

Dividen Syarikat Sdn. Bhd.

Apa itu Dividen?

Dividen dikenali sebagai pengagihan keuntungan syarikat kepada pemegang saham berdasarkan peratusan saham yang dimilikinya. Jumlah dividen yang diterima pemegang saham tertakluk kepada jumlah saham yang dimiliki di dalam syarikat tersebut.

Dividen dapat diagihkan melalui 3 cara iaitu :

• Dividen tunai – Dibayar dalam bentuk wang
• Dividen Saham – Dibayar dalam bentuk saham tambahan
• Dividen Asset – Dibayar dalam bentuk asset (Dividen ini jarang dilakukan)

Syarat pengagihan dividen :

• Dividen dibayar kepada pemegang saham jika syarikat mempunyai keuntungan sahaja.
• Pengagihan dividen tersebut dibenarkan oleh pengarah syarikat.
• Syarikat mestilah solven selepas pengagihan dividen dibuat. Solven bermaksud syarikat berupaya untuk membayar hutang 12 bulan selepas pengagihan dividen dibuat.
• Boleh dibuat bila-bila masa sahaja mengikut apa- apa jumlah yang telah dipersetujui oleh pengarah syarikat.
• Semua dividen wajib diisytiharkan kepada Bursa Malaysia
• Dividen dibayar selepas ditolak jumlah cukai syarikat

Bilakah dividen perlu diagihkan?

• Dividen boleh diberikan sekali, 2 kali atau 3 kali (setahun) bergantung kepada syarikat.
• 3 jenis tempoh pengagihan dividen:
– Dividen interim(Diisytihar untuk satu jangka masa yang pendek iaitu 3 atau 6 bulan, dibayar dalam tempoh perakaunan semasa, dibuat berdasarkan prestasi keuntungan syarikat sebelum tempoh perakaunan berakhir).
– Dividen akhir (Diisytihar selepas penyedian penyata kewangan syarikat (12 bulan), pembayaran dibuat selepas tempoh perakaunan semasa, biasanya nilai dividen lebih tinggi berbanding interim).
-Special/Extra dividen (Dibayar secara tiba- tiba oleh syarikat, diisytihar apabila syarikat mencatatkan keuntungan luar biasa)

Cara pengiraan dividen

Formula : Unit Saham yang dipegang (Unit) X Nilai Dividen (RM/per saham)

Contoh : Unit yang dipegang = 200 unit, Nilai dividen (RM) = RM 0.20
Jawapan : 200 unit x RM 0.20 = RM 40

Jumlah dividen yang akan diterima pemegang saham tersebut ialah sebanyak RM 40.

Kelebihan membayar dividen

– Menunjukkan kestabilan sesebuah syarikat. Syarikat yang berupaya membayar dividen lebih kerap amat disukai oleh pelabur kerana menunjukkan prestasi syarikat tersebut.
– Dapat menarik ramai pelabur
– Dapat berkongsi rezeki yang diterima dengan pelabur
– Dapat menjalinkan hubungan baik antara pelabur dan syarikat.

Kredit to AMACC Advisory

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s