3 SUMBER DUIT MASUK BISNES/SYARIKAT

Bila mulakan sesuatu bisnes atau daftar syarikat atau perniagaan, apa perkara pertama yang perlu ada?

Perlu ada sedikit duit dalam bisnes/syarikat . Setiap bisnes dan perniagaan mesti perlu tahu setiap duit masuk dalam bisnes/perniagaan ini datang dari mana. Apakah sumber duit masuk dalam bisnes/perniagaan .

Sumber DUIT MASUK dalam bisnes / syarikat dari  3 KATEGORI

  1. AKTIVITI OPERASI PELANGGAN 
  2. AKTIVITI MODAL DAN PEMBIAYAAN
  3. AKTIVITI PELABURAN

    1. Opearasi Pelanggan 

    Hasil pendapatan/jualan tunai dari pelanggan dan hasil kutipan hutang dari pelanggan melalui aktiviti jualan bisnes/syarikat

    2. Modal dan Pembiayaan

    Bila mulakan bisnes/syarikat perlu modal yang jalankan perniagaan. Pemilik bisnes/syarikat akan menyumbangkan duit untuk mulakan perniagaan yang dikenali sebagai ekuiti pemilik atau modal saham.

    Bila bisnes / syarikat berkembang dan perlukan dana , duit boleh masuk melalui pinjaman dari bank atau agensi-agensi kerajaan dan lain-lain .

    Pinjaman diluluskan dan bank masukan duit dalam perniagaan adalah sumber dari pembiayaan.

    3. Pelaburan

    Bisnes/syarikat telah beroperasi dengan baik mendapat keuntungan dan ada aset perniagaan. 

    Akan sampai satu masa aset-aset ini dijual, bila aset ini dijual maka akan ada duit masuk dalam.bisnes/syarikat.

    Jika bisnes ada saham dan menjual saham tersebut atau menjual saham syarikat, duit akan masuk dari jualan saham tersbut adalah sumber duit masuk dari pelaburan.

    Bila duit masuk dalam perniagaan tanya soalan duit ini dari sumber mana kerana bila tahu duit dari sumber operasi ianya boleh membantu peniaga dalam membuat keputusan serta membuat perancangan/unjuran  duit masuk ini boleh diguna guna untuk tujuan apa.

    Ingin tahu apakah sumber duit keluar. Nantikan artikel seterusnya