BAGAIMANAKAH 3 PENYATA KEWANGAN BERKAIT ANTARA SATU SAMA LAIN ?

The mechanism

Maklumat yang terdapat dalam penyata kewangan sebuah organisasi adalah asas perakaunan korporat.  Data-data ini di kaji semula oleh pelabur-pelabur dan pemberi-pemberi pinjaman untuk tujuan menaksir paras kestabilan kewangan syarikat tersebut.

3 Penyata Kewangan

  1. Kunci Kira-Kira (Balance Sheet)
  2. Penyata Untung Rugi (Profit and Loss Statement)
  3. Penyata Aliran Tunai (Cashflow Statement)

Data yang terdapat dalam kunci kira-kira (balance sheet), penyata untung rugi (income statement) dan penyata aliran tunai (cashflow statement)  di gunakan untuk mengira nisbah-nisbah kewangan untuk mengetahui bagaimana kewangan syarikat itu diuruskan, dan membantu untuk mengawal isu-isu kewangan syarikat dengan baik.

Pelabur-pelabur boleh membuat keputusan pelaburan yang jelas berdasarkan data-data yang diberi oleh syarikat dalam penyata  kewangan yang disediakan pada setiap tempoh perakaunan.  Kunci kira-kira, penyata untung rugi dan penyata aliran tunai memberi informasi berlainan berkenaan posisi kewangan (kesihatan kewangan) sebuah syarikat, tetapi asas perakaunannya saling berkaitan.

  1. Kunci kira-kira

Juga di kenali sebagai penyata posisi kewangan , kunci kira-kira syarikat memberi informasi NILAI syarikat (Company worth).

Kunci kira-kira  melaporkan jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemegang saham pada masa yang di tetapkan, dan ia mengikut formula perakaunan iaitu

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMEGANG SAHAM

Aset syarikat hanya boleh diperolehi dari ekuiti pemegang saham atau melalui liabiliti, seperti pinjaman bank atau kredit, di mana kunci kira-kira menunjukan kaitan terus dengan transaksi-transaksi ini.

Kunci kira-kira memberi gambaran ringkas akaun syarikat di akhir tempoh perakaunannya.  Kenaikan atau penurunan aset di sebabkan oleh keuntungan atau kerugian dipindahkan terus ke dalam kunci kira-kira dari penyata untung rugi syarikat.

  1. Penyata Untung Rugi

Penyata untung rugi syarikat melaporkan paras pendapatan yang diperolehi oleh sebuah syarikat dalam tempoh masa yang di tetapkan, dan juga perbelanjaan yang berkait terus dengan pendapatan yang diperolehi.

Kiraan untung rugi syarikat bermula dengan menyenaraikan pendapatan kasar dari jualan produk atau servis, kemudian menolak jumlah wang yang di jangka tidak dapat di kutip dari jualan tertentu di sebabkan oleh pemulangan atau diskaun jualan.  Bakinya adalah pendapatan bersih syarikat.

Perbelanjaan yang berkait dengan kos penjualan ditolak dari pendapatan bersih ini untuk mendapat   keuntungan kasar.  Perbelanjaan operasi pula ditolak dari keuntungan kasar, dan memberi keuntungan operasi sebelum perbelajaan faedah dan cukai pendapatan.  Keuntungan atau kerugian bersih di tentukan selepas menolak perbelanjaan faedah dan cukai.

Sebarang kenaikan atau penurunan aset di sebabkan oleh keuntungan atau kerugian yang di laporkan dalam penyata untung rugi dipindahkan ke dalam kunci kira-kira, dan jumlah keuntungan atau kerugian yang di laporkan dalam penyata untung rugi juga di masukkan dalam penyata aliran tunai sebagai aliran tunai dari operasi.

UNTUNG KASAR =  JUALAN – KOS JUALAN



UNTUNG BERSIH =  UNTUNG KASAR – PERBELANJAAN OPERASI



  1. PENYATA ALIRAN TUNAI

Penyata aliran tunai melaporkan semua aliran kemasukan dan aliran keluaran tunai dalam satu tempoh perakaunan.  Penyata kewangan ini menunjukkan kenaikan atau penurunan jumlah bersih tunai yang ada untuk satu tempoh perakaunan.  Penyata aliran tunai ini dipecahkan kepada beberapa aktiviti, iaitu  aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan (financing).

Informasi dalam penyata aliran tunai ini menjelaskan perubahan yang di laporkan dalam kunci kira-kira, dan juga menjelaskan perubahan paras transaksi keuntungan atau kerugian yang di laporkan dalam penyata untung rugi.

DUIT MASUK – DUIT KELUAR = BAKI TUNAI

Kesimpulannya penyata kewangan adalah penting untuk ketahui kesihatan kewangan perniagaan anda

Berikut ada rajah menunjukan kaitan 3 penyata kewangan

3-penyata-kewangan-picture

Kredit kepada Investopedia, March 18 2015
Diterjemah oleh : Sharifah Rolan Syed Hitam
Gambar “Do you having a missing link or two ” adalah dari website In-Context Finance

3 PENYATA KEWANGAN DALAM PERNIAGAAN

Penyata kewangan adalah satu laporan angka-angka yang menceritakan mengenai bagaimana kedudukan kewangan perniagaan dalam masa 1 tempoh perniagaan (biasa 1 tahun) . Setiap perniagaan mesti ada duit yang masuk dan duit yang keluar yang direkod , direkod dengan cara tulis kata buku, masukan dalam excel, guna mesin cashier, guna sistem , guna apps dan lain-lain cara lagi.

Rekod-rekod duit masuk dan keluar boleh dianalisa untuk menghasilkan 3 jenis penyata kewangan iaitu :

1. Penyata Untung Rugi/ Penyata Pendapatan

Penyata ini akan menerangan perjalanan operasi perniagaan

o PENDAPATAN atau HASIL yang dijana dari jualan produk/service atau perlaburan dalam bentuk tunai atau secara berhutang. Ini dikaitkan dengan transaksi duit masuk

o KOS (BELANJA) adalah perbelanjaan yang dilakukan dalam perniagaan dalam masa satu tempoh yang dibahagi kepada

 Kos produk/service untuk dijual – berkait secara langsung dengan jualan. Ada jualan mesti ada belanja barang dijual
 Kos operasi – kos yang dibelanjakan untuk mengurus perjalanan operasi perniagaan seperti kos pentadbiran perniagaan, gaji, bil api air, sewa pejabat dan lain-lain. Kos ini tetap akan ada tidak kira ada jualan atau tidak.

2. Penyata Kunci Kira-Kira

Penyata ini akan menerangkan berapa NILAI perniagaan dalam bentuk :ASET (HARTA)

ASET SEMASA – aset yang mudah cari seperti tunai dibank, penghutang (jualan kredit – barang dah jual duit belum dapat)

ASET TETAP – aset kekal seperti rumah, bangunan, kereta, tanah , saham dan nilainya adalah tinggi.

LIABILITI (TANGGUNGAN)
Tanggungan yang perlu dijelaskan kepada orang lain
+ Bayaran hutang kepada barang yang kita beli secara kredit
+ Bayaran pinjam balik ke bank

EKUITI
+ Modal – duit yang dilaburkan untuk mulakan perniagaan
+ Untung/rugi terkumpul dari perniagaan.

3. Aliran tunai / Cashflow

Aliran tunai adalah semua transaksi duit masuk dan keluar dalam perniagaan, tidak kira transaksi bank atau tunai dari sumber aktiviti operasi, pelaburan atau pinjaman.

Sumber Duit masuk adalah dari

Operasi perniagaan
+Jualan tunai
+Kutipan hutang dari penghutang

Operasi pelaburan/Pinjaman
+Modal tunai
+Duit pinjaman dari bank

Sumber duit keluar adalah dari

+Duit yang dibayar untuk membeli barang siap
+Duit yang dibayar untuk bayar gaji pekerja
+ Duit untuk bayar pinjaman bank
+ Duit yang dibayar untuk beli aset
+ Duit untuk bayar kos pemasaran

UNTUNG atau RUGI?

Adakah bisnes anda UNTUNG atau RUGI?

Bagaiamana nak tahu ?

Penyata Untung/Rugi akan tunjukan samada bisnes anda untung atau rugi dalam masa tempoh 1 tahun.

 

Apa yang ada dalam Penyata Untung Rugi :

  1. Pendapatan – dapat hasil dapat DUIT MASUK
    • Jualan dari produk atau perkhidmatan yang kita jual Jualan ais krim.PNG
    • Komisen yang kita terima bila kita jadi agen
    • Dividen yang kita terima jika simpan duit dalam bank (setiap hujung bulan ada dalam penyata bank

  2. Kos barang dijual / Kos  pengeluaran – DUIT KELUAR 
    • Bahan mentah yang dibeli untuk hasilkan satu produk atau perkhidmatan : Contoh kalau jual kerepek ubi bahan mentah adalah ubi.
    • Kos untuk bungkus produk , kos untuk menghantar produk/ perkhidmatan
    • Upah/Komisen yang dibayar kepada agen yang tolong jual produk produk kita.** Kos-kos ini akan berubah mengikut jumlah kuantiti output yang dihasilkan.

  3. Perbelanjaan Operasi DUIT KELUAR
    • Kos pekerja
      • bayar gaji  pekerja
      • tuntutan perbelanjaan pekerja – tuntutan minyak, tol, parking

    • Kos Pengurusan Pejabat
      • Bayar sewa pejabat , bil api air, telefon
      • Kos membeli barang keperluan pejabat seperti alat tulis , kerusi meja.

    • Kos untuk pasarkan produk atau perkhidmatan
      • Kos untuk  iklan seperti buat bunting, flyers
      • Kos pemasaran

kita seperti buat bunting, flyers ,bayar untuk FB ads, Google  Ads, masuk TV, suratkhabar.

** Kos operasi adalah perbelanjaan yang sama dan tidak bergantung kepada output yang dihasilkan . Output banyak atau sikit kosnya tetap sama.

  1. Zakat
  2. Cukai
  3. Caj Bank

*Dalam bisnes duit akan dibelajakan untuk buat duit

Segala perbelanjaan yang perlu dibayar tidak kira ada jualan atau tiada jualan.

===========================================================

Untung Kasar = Pendapatan – Kos Jualan 

Untung Bersih = Pendapatan – Kos Jualan – Kos Operasi

RUGI = Kos jualan dan kos operasi adalah lebih dari jualan

Slide6