3 KATEGORI CASHFLOW

Cash Flow Statement = Penyata Aliran Tunai

Cash Flow menunjukan aliran duit masuk dan duit keluar mengikut 3 kategori untuk satu tempoh  masa yang ditentukan.

  1. Kategori OPERASI – Aktiviti untuk menjana keuntungan dan penggunaan aset yang memberi kesan kepada tunai
  2. Kategori PEMBIAYAAN – Aktiviti yang menunjukan liabiliti diwujudkan , sumbangan modal , bayaran balik pinjaman yang memberi kesan kepada tunai
  3. Kategori PELABURAN – Aktiviti belian dan jualan aset yang memberi kesan kepada tunaiImage result for negative cash flow
    sumber gambar dari : http://www.gladfish.com

Positif vs. Negatif

  • Cash flow Operasi – adalah dari aktiviti yang terdapat dalam Penyata Untung Rugi (aktiviti tunai sahaja)
  • POSITIF Cash flow Operasi  menunjukan JUALAN dari perniagaan boleh menampung semua aktiviti operasi perniagaan
  • Bila Cash Flow Operasi NEGATIF , cash flow dari aktiviti pembiayaan dan pelaburan terpaksa menampung kekurangan tunai dari aktiviti operasi jika tidak perniagaan akan berada dalam keadaan tenat kerana tunai akan habis cepat seperti yang ada dalam Penyata Kunci Kira-Kira

Contoh

A-1 Sdn Bhd sebuah syarikat menyediakan perkhidmatan IT

  • RUGI bersih -$100,000 dalam Penyata Untung Rugi pada suku tahun pertama
  • A-1 Sdn Bhd menjual sebahagian dari aset ( peralatan computer ) untuk menunjukan aktiviti cash flow Pelaburan positif sebanyak $50,000
  • A-1 Sdn Bhd juga telah membuat pinjaman jangka panjang $40,000 dan membayar $5,000 untuk pinjaman yang sediada, dimana cash flow Pembiayaan jadi positif $35,000
  • Dengan ini kedudukan cash flow untuk suku tahun pertama adalah negative , $15,000

PENYATA ALIRAN TUNAI UNTUK TEMPOH SUKU PERTAMA TAHUN XXXX

Aktiviti Duit Masuk Duit Keluar
Aktiviti Operasi (Rugi Bersih) -$100,000
Aktiviti Pelaburan (Jual Aset) $50,000
Aktiviti Pembiayaan (Loan baru dan bayar balik loan) $40,000 -$5,000
JUMLAH $90,000 -$105,000
BAKI CASH FLOW (duit masuk – duit keluar) -$ 15,000

Dalam perniagaan kita perlu tahu kedudukan aktiviti mana yang positif dan negatif. Perlu tahu cara untuk pusing duit dengan cara terbaik agar tidak mejadi negatif. Jika jadi negatif bagaimana cara untuk jadikan positif.

Sediakan unjuran Cash Flow untuk tempoh satu tahun, ianya dapat membantu perniagaan anda untuk bersedia lebih awal untuk menstabilkan kedudukan TUNAI perniagaan anda.

Semoga penerangan ringkas ini dapat membantu usahawan untuk perbaiki CASH FLOW perniagaan

http://bit.ly/pengurusan_kewangan_mudah_140217

ELAK BAYAR CUKAI – CCRIS

Kenapa nak elak bayar cukai?  Kebiasaannya bila individu nak buat pinjaman nak beli rumah atau untuk tujuan perniagaan individu tersebut gagal untuk mendapatan kelulusan pinjaman walaupun duit banyak dan mampu untuk bayar bulan-bulan.

Pernah berlaku kepada sahabat saya beliau nak beli rumah tapi loan tak lulus sebab tiada rekod cukai , daftar cukai pun tiada. Bila kita daftar cukai ianya merupakan satu bonus point menunjukan kita ada duit lebih dan mampu urus kewangan dengan baik

Jika ada perniagaan pun sama , nak beli asset terutama bangunan komersial atau kilang , kalau tiada rekod kewangan yang baik bagaimana nak kira jumlah keuntungan dan jumlah cukai yang perlu di bayar. Pada pendapat saya undang-undang cukai ini ada baiknya juga sebab ianya akan displinkan individu agar simpan semua rekod kewangan dengan baik .

Tahukan anda jika anda simpan semua resit belanja dan rekod dengan betul ada kemungkinan jumlah cukai yang perlu bayar adalah lebih rendah dari yang anda sangkakan

LHDN cadang senaraikan pengelak cukai tegar dalam CCRIS

LHDN cadang senaraikan pengelak cukai tegar dalam CCRIS

Kesan akibat tersenarai dalam CCRIS akan mempengaruhi penilaian oleh pihak bank berhubung pinjaman. – Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bercadang menyenaraikan individu yang gagal mematuhi pembayaran cukai dalam sistem rujukan maklumat kredit berpusat (CCRIS) mulai tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sabin Samitah berkata langkah itu bagi meningkatkan kadar pematuhan cukai semasa dan membendung aktiviti pelarian cukai.

Ujar beliau, tindakan tegas itu akan diambil LHDNM khususnya ke atas golongan pengelak cukai tegar.

“Mereka ini sebenarnya telah diberi peluang untuk membayar cukai tertunggak secara ansuran walaupun setelah pelbagai kali peringatan diberikan, mereka masih gagal buat seperti yang telah dipersetujui antara mereka dan LHDNM.

“Jadi pada tahun hadapan, LHDN bercadang untuk menyenaraikan pembayar cukai tegar ini kepada CCRIS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran operasi khas bersepadu “Task Force 2 Bilion” (TF2B 2017) di ibu pejabat LHDNM, di sini, hari ini.

Ditanya pemberita sama ada langkah itu dilihat sebagai ‘keterlaluan’, ujarnya, LHDN terpaksa menggunakan pendekatan itu ekoran pembayar cukai telah diberi banyak peluang untuk melangsaikan cukai yang tertunggak.

“Ini tidak bermakna LHDNM menyusahkan mereka sebab sebelum kita senaraikan mereka ini, kita telah memberi mereka peluang untuk membayar secara ansuran.”

“Tindakan ini adalah perlu untuk memberi keadilan kepada pembayar cukai yang lain yang patuh kepada peraturan bayaran yang telah kita berikan kepada semua pihak yang memerlukan pembayaran secara ansuran, sekiranya mereka mempunyai masalah kewangan,” katanya.

Akibat daripada tersenarai dalam CCRIS, ia akan mempengaruhi penilaian oleh pihak bank berhubung pinjaman.

Ini bermakna mereka yang tersenarai akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman bank dan kad kredit.

Buat masa ini, mana-mana pembayar cukai yang gagal membayar tunggakan cukai mereka walaupun notis peringatan diberikan, akan dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara di bawah peruntukan Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

4 “REPORT CARD” BISNES

REPORT CARD bukan sahaja ada di sekolah , berniaga pun ada REPORT CARD, nak tahu lulus atau gagal mesti kena ada 4 laporan ini, nak tahu lulus tahap gred mana pun boleh tahu dengan 4 laporan ini.

REPORT CARD ini mesti ada jika ingin kembangkan bisnes. Kalau berniaga  main-main dan tidak pedulikan REPORT CARD bisnes , bisnes boleh gagal, bisnes boleh mati

Sebagai pemilik bisnes , ambil tahu apa 4  REPORT CARD ini

4-rc