CUKAI PENDAPATAN LHDN – KENAPA KENA DENDA ?

Dalam situasi mana seseorang individu atau syarikat didenda oleh LHDN (Lembaga Hasil dalam Negeri)

Berikut adalah beberapa kenyataan media dari website LHDN

  1. 2 pengarah

    Bagi setiap pertuduhan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari RM200.00 dan tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan

  2. elak cukai 2016.JPG

didapati telah secara sengaja dan dengan niat untuk mengelak cukai dengan membuat suatu penyataan atau kemasukan palsu pada Borang C tahun taksiran 2012 dan 2013 berdasarkan hasil penemuan siasatan yang dijalankan.

Tertuduh menghadapi 2 pertuduhan di bawah Seksyen 114(1)(b) ACP 1967 yang membawa kepada hukuman denda tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak lebih daripada RM20,000.00 atau boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda dari amaun cukai terkurang bagi kedua-dua tahun taksiran berkenaan yang keseluruhannya berjumlah RM755,636.50.

 

3.doktr pakardidapati telah secara sengaja dan dengan niat untuk mengelak cukai dengan tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada perkhidmatan sebagai doktor pakar sebanyak RM2,763,445.00 bagi tahun taksiran 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 114(1) (a) ACP 1967 .

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari RM1,000.00 dan tidak lebih dari RM20,000.00 atau penjara bagi suatu tempoh tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda dari amaun cukai terkurang yang keseluruhannya berjumlah sebanyak RM2,189,904.75.

 

4.gagal submit borang.JPG

didapati gagal mengemukakan Borang C bagi Tahun Taksiran 2013 dan 2014 berdasarkan hasil penemuan siasatan yang dijalankan.

Tertuduh menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 77A(1) dan Seksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang membawa kepada hukuman denda tidak kurang daripada RM200.00 dan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. Tertuduh mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Tuan Mohd Amin Bin Shahul Hamid pada hari ini dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM 4,000.00 dan jika gagal bayar 6 bulan penjara bagi setiap pertuduhan.

Mulai sekarang masih belum terlambat lagi untuk anda urus duit peribadi dan duit perniagaan anda.

4 Langkah mudah yang perlu buat

  1. Asingkan Duit
  2. Urus resit-resit dan inbois dokumen kewangan
  3. Rekod Duit Masuk dan Keluar
  4. Sediakan penyata kewangan anda

 

Nota: Dengar-dengan citer baru-baru (keluar dalam berita ) ini mulai tahun depan denda cukai adalah 100% . Nantikan artikel seterusnya mengenai isu ini.

 

#RIZQTR, #pengurusankewangandigital

 

3 KATEGORI CASHFLOW

Cash Flow Statement = Penyata Aliran Tunai

Cash Flow menunjukan aliran duit masuk dan duit keluar mengikut 3 kategori untuk satu tempoh  masa yang ditentukan.

  1. Kategori OPERASI – Aktiviti untuk menjana keuntungan dan penggunaan aset yang memberi kesan kepada tunai
  2. Kategori PEMBIAYAAN – Aktiviti yang menunjukan liabiliti diwujudkan , sumbangan modal , bayaran balik pinjaman yang memberi kesan kepada tunai
  3. Kategori PELABURAN – Aktiviti belian dan jualan aset yang memberi kesan kepada tunaiImage result for negative cash flow
    sumber gambar dari : http://www.gladfish.com

Positif vs. Negatif

  • Cash flow Operasi – adalah dari aktiviti yang terdapat dalam Penyata Untung Rugi (aktiviti tunai sahaja)
  • POSITIF Cash flow Operasi  menunjukan JUALAN dari perniagaan boleh menampung semua aktiviti operasi perniagaan
  • Bila Cash Flow Operasi NEGATIF , cash flow dari aktiviti pembiayaan dan pelaburan terpaksa menampung kekurangan tunai dari aktiviti operasi jika tidak perniagaan akan berada dalam keadaan tenat kerana tunai akan habis cepat seperti yang ada dalam Penyata Kunci Kira-Kira

Contoh

A-1 Sdn Bhd sebuah syarikat menyediakan perkhidmatan IT

  • RUGI bersih -$100,000 dalam Penyata Untung Rugi pada suku tahun pertama
  • A-1 Sdn Bhd menjual sebahagian dari aset ( peralatan computer ) untuk menunjukan aktiviti cash flow Pelaburan positif sebanyak $50,000
  • A-1 Sdn Bhd juga telah membuat pinjaman jangka panjang $40,000 dan membayar $5,000 untuk pinjaman yang sediada, dimana cash flow Pembiayaan jadi positif $35,000
  • Dengan ini kedudukan cash flow untuk suku tahun pertama adalah negative , $15,000

PENYATA ALIRAN TUNAI UNTUK TEMPOH SUKU PERTAMA TAHUN XXXX

Aktiviti Duit Masuk Duit Keluar
Aktiviti Operasi (Rugi Bersih) -$100,000
Aktiviti Pelaburan (Jual Aset) $50,000
Aktiviti Pembiayaan (Loan baru dan bayar balik loan) $40,000 -$5,000
JUMLAH $90,000 -$105,000
BAKI CASH FLOW (duit masuk – duit keluar) -$ 15,000

Dalam perniagaan kita perlu tahu kedudukan aktiviti mana yang positif dan negatif. Perlu tahu cara untuk pusing duit dengan cara terbaik agar tidak mejadi negatif. Jika jadi negatif bagaimana cara untuk jadikan positif.

Sediakan unjuran Cash Flow untuk tempoh satu tahun, ianya dapat membantu perniagaan anda untuk bersedia lebih awal untuk menstabilkan kedudukan TUNAI perniagaan anda.

Semoga penerangan ringkas ini dapat membantu usahawan untuk perbaiki CASH FLOW perniagaan

http://bit.ly/pengurusan_kewangan_mudah_140217

SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

ANDA SEORANG ENTREPRENUER (USAHAWAN)
========================================

+ Anda ada masalah untuk menyediakan rekod duit masuk dah keluar ?
+ Anda ada masalah untuk samakan baki bank dan rekod buku tunai?
+ Anda tiada rekod buku tunai?
+ Anda tidak tahu bisnes untung atau rugi?
+ Anda buat invoice dan resit secara manual ?
+ Tidak tahu nak kira cukai?
.

HASIL OUPUT SEMINAR
=====================
+ Mengetahui perkiraan untung rugi perniagaan
+ Mengetahui cara menganalisa Penyata Untung Rugi (% margin)
+ Menggunakan sistem akaun yang mudah untuk merekod duit masuk dan keluar
+ Memudahkan untuk menguruskan akaun perniagaan
+ Tidak memerlukan pengetahuan perakaunan untuk urus bookkeeping (simpan kira-kira) perniagaan anda

SIAPA YANG PERLU HADIR
======================
+ CEO/Bisnes Owner
+ Pegawai Akaun/Staff Akaun dan Admin
+ Start ups
+ Perniagaan yang tiada sistem perakaunan
+ Sesiapa yang ingin tahu mengenai pengurusan kewangan perniagaan
.
.
Jom Urus duit bisnes perniagaan bersama kami dari BILIK KIRA-KIRA BISNES
https3a2f2fcdn-evbuc-com2fimages2f276284822f1392970019072f12foriginal DAFTAR disini : http://bit.ly/pengurusan_kewangan_mudah_140217

.
.
Tarikh/Masa:
Tue, February 14, 2017
8:30 AM – 1:00 PM
.
Lokasi :
MEETING ROOM UNIKEB , BANGI GATEWAY
Tingkat 2, Seksyen 15, Persiaran Pekeliling
Bandar Baru Bangi
Bangi, Selangor 43650
(Free parking available at basement floor)

Pertanyaan hubungi 0136436553 (Aisyah)

REVOLUSI PENGURUSAN KEWANGAN DIGITAL

JIMATKAN KOS DAN JIMAT MASA,  MUDAH DAN RINGKAS

poster-masterclass

 

Ada ramai orang bisnes yang rasa bisnes dia dah buat untung. Tapi bila disuruh buat kira-kira balik, bisnes sebenarnya rugi berbondong-bondong.
.
Hint 1: ada satu masterclass akan dianjurkan pada 21hb dan 22hb januari ini.
Hint 2: akan ditunjukkan beberapa rumus rahsia matematik bisnes.
Hint 3: semua angka sulit bisnes akan dibuktikan.
Hint 4: semua nombor bisnes sendiri akan dibongkarkan
Hint 5: 80% praktikal, 20% teori.
.

PESERTA BAKAL MENGETAHUI DAN MEMAHAMKAN

1. Aplikasikan formula mudah memulakan & mengembangkan bisnes cara pantas, strategik & efektif.
2. Kenalpasti-fahami-aplikasi petunjuk utama elemen bantuan decision-making untuk pemodal.
3. Susun cashflow syarikat yang bakal berikan janaan imej positif kepada pemodal.
4. Kenalpasti-fahami-aplikasi cara efektif susun S.O.P bisnes anda untuk mengelakkan business burnt-out dan untuk memaksimumkan potensi bisnes.
5. Kenalpasti/faham/aplikasi cara memaksimumkan keuntungan bisnes.

MODUL
1. Petunjuk-petunjuk utama yang pemodal gunapakai untuk buat keputusan memodalkan sesebuah projek bisnes.
2. Cara susun cashflow bisnes yang bakal berikan janaan imej positif pada sesebuah bisnes.
3. Cara paling efektif untuk memaksimumkan untung bisnes.

APA YANG HARUS DIBAWA
1) Penyata BANK 3 bulan.
2) Resit-Resit dan rekod-rekod jualan.
3) Semua bil-bil yang dibayar secara tunai atau bank.
4) Buku cek & cheque butt (jika ada)

 

BAHASA MUDAH
Ini BUKAN satu kelas teori.
Ini bengkel LIVE PRACTICAL cara yang betul untuk susun semula bisnes anda.
Ini bengkel yang anda tahu perniagaan anda untung atau rugi
Ini bengkel yang menunjukan nilai perniagaan anda
Ini bengkel yang membantu anda untuk membuat keputusan dan kembangkan perniagaan anda
Ini bengkel yang membuktikan anda tidak merompak duit perniagaan anda

 

SIAPA PERLU HADIR
1) Pemilik Perniagaan/ Syarikat yang tiada rekod kewangan
2) Pemilik Perniagaan/ Syarikat yang buat rekod kewangan secara manual
3) Pemilik Perniagaan/ Syarikat yang ingin kembangkan bisnes
4) Staff akaun
5) Start-Up BisnesTEMPAT TERHAD 10 orang sahaja

.
.
Maklumat lanjut rujuk link dibawah
picture
.
#bilikkirakirabisnes
#kewangandigital
#digitalizationoffinancialmanagement
#urusduitbisnes
#sistempengurusankewangan

INGIN PERBAIKI KEWANGAN BISNES ANDA? LUANGKAN MASA 

Seringkali kedengaran usahawan tiada masa untuk urus duit bisnes dengan cara yang betul. Tak sempat , sibuk dan segala macam alasan bila tiba cerita mengenai kewangan bisnes. 

Sebagai usahawan sudah tentu anda ingin mendapat keuntungan dari bisnes anda, kalau bisnes tiada untung apa puncanya.

Pendapat saya sebagai usahawan anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk jana pendapatan tetapi anda terlupa untuk RANCANG bagaimana untuk jana pendapatan dan keuntungan bisnes anda.

Jika anda ingin perbaiki kewangan bisnes anda , luangkan sedikit masa anda untuk memahami matematik kewangan dan angka-angka rahsia bisnes anda.

Siapkan diri anda untuk urus duit bisnes dengan cara terbaik supaya anda faham kedudukan kewangan bisnes dan anda boleh membuat keputusan terbaik untuk bisnes anda.

Faridah Hanif

Kewangan Digital Di Hujung Jari Anda

Layari dan like fb page : Kewangan Untuk Entreprenuer

https://www.facebook.com/bilikkirakirabisnes/

4 “REPORT CARD” BISNES

REPORT CARD bukan sahaja ada di sekolah , berniaga pun ada REPORT CARD, nak tahu lulus atau gagal mesti kena ada 4 laporan ini, nak tahu lulus tahap gred mana pun boleh tahu dengan 4 laporan ini.

REPORT CARD ini mesti ada jika ingin kembangkan bisnes. Kalau berniaga  main-main dan tidak pedulikan REPORT CARD bisnes , bisnes boleh gagal, bisnes boleh mati

Sebagai pemilik bisnes , ambil tahu apa 4  REPORT CARD ini

4-rc