PENGURUSAN KEWANGAN

 3 PENYATA KEWANGAN DALAM PERNIAGAAN

Penyata kewangan adalah satu laporan angka-angka yang menceritakan mengenai bagaimana kedudukan kewangan perniagaan dalam masa 1 tempoh perniagaan (biasa 1 tahun) . Setiap perniagaan mesti ada duit yang masuk dan duit yang keluar yang direkod , direkod dengan cara tulis kata buku, masukan dalam excel, guna mesin cashier, guna sistem , guna apps dan lain-lain cara lagi.

Rekod-rekod duit masuk dan keluar boleh dianalisa untuk menghasilkan 3 jenis penyata kewangan iaitu :

1. Penyata Untung Rugi/ Penyata Pendapatan

Penyata ini akan menerangan perjalanan operasi perniagaan

o PENDAPATAN atau HASIL yang dijana dari jualan produk/service atau perlaburan dalam bentuk tunai atau secara berhutang. Ini dikaitkan dengan transaksi duit masuk

o KOS dan BELANJA adalah perbelanjaan yang dilakukan dalam perniagaan dalam masa satu tempoh yang dibahagi kepada

Kos produk/service untuk dijual – berkait secara langsung dengan jualan. Ada jualan mesti ada belanja barang dijual

Belanja operasi – duit yang dibelanjakan untuk mengurus perjalanan operasi perniagaan seperti kos pentadbiran perniagaan, gaji, bil api air, sewa pejabat dan lain-lain. Kos ini tetap akan ada tidak kira ada jualan atau tidak.

2. Penyata Kunci Kira-Kira

Penyata ini akan menerangkan berapa NILAI perniagaan dalam bentuk :ASET (HARTA)

ASET SEMASA – aset yang mudah cari seperti tunai dibank, penghutang (jualan kredit – barang dah jual duit belum dapat)

ASET TETAP – aset kekal seperti rumah, bangunan, kereta, tanah , saham dan nilainya adalah tinggi.

LIABILITI (TANGGUNGAN)
Tanggungan yang perlu dijelaskan kepada orang lain
+ Bayaran hutang kepada barang yang kita beli secara kredit
+ Bayaran pinjam balik ke bank

EKUITI
+ Modal – duit yang dilaburkan untuk mulakan perniagaan
+ Untung/rugi terkumpul dari perniagaan.

3. Aliran tunai / Cashflow

Aliran tunai adalah semua transaksi duit masuk dan keluar dalam perniagaan, tidak kira transaksi bank atau tunai.

Aktiviti aliran tunai terbahagi kepada 3

1) Aktiviti Operasi perniagaan (berkaiatan dengan pelanggan dan pembekal)

Duit masuk

+Jualan tunai
+Kutipan hutang dari penghutang

Duit keluar 

+Duit yang dibayar untuk membeli barang siap
+Duit yang dibayar untuk bayar gaji pekerja
+Duit untuk bayar kos pemasaran

2) Aktiviti  pelaburan

Duit masuk

+Modal tunai

Duit keluar 

+ Duit yang dibayar untuk beli aset

3) Aktiviti Pinjaman

Duit masuk

+Duit pinjaman dari bank

Duit Keluar

+ Duit untuk bayar pinjaman bank

Sebagai seorang usahawan anda perlu fahamkan apa yang ada dalam penyata kewangan ini, anda tidak buat semua kerja-kerja akaun untuk menyediakan penyata kewangan tetapi anda perlu ada pekerja untuk sediakan akaun perniagaan atau upah freelancer akaun/ outsource kepada mereka yang mahir . Setiap bulan anda perlu tanya laporan kewangan dan fahamkan perubahan yang berlaku dalam penyata kewangan setiap bulan

Dengan cara ini akan akan tahu kedudukan kesihtan kewangan perniagaan anda , dan anda tahu apa yang perlu dibuat seterusnya untuk memaksimumkan untung perniagaan anda.