3 BANK AKAUN BISNES

Buku simpan bank dulu-dulu milik saya

Semasa saya dizaman sekolah mak saya telah buka 2 akaun bank untuk saya, satu untuk simpanan biasa-biasa (ABB)  dan satu simpanan pendidikan (ABP) . Bila saya masuk IPTA saya kena buka akaun bank (ABIPTA) lagi atas permintaan agensi yang memberi pinjaman pendidikan .  Masa tu umur dah 18 tahun boleh bukan akaun atas nama sendiri ….   Maklumlah dapat duit pinjaman satu semester RM 2,500 (hujung tahun 1980an nilai tu adalah tinggi) apa lagi otak ni mulah fikir nak enjoy ….

NO! NO! NO!  Saya bagi buku bank akaun dan kad ATM (ABIPTA) yang  terima duit pinjaman kepada mak saya , dah mak saya bagi buku dan kad ATM akaun simpanan biasa-biasa  (ABB) kat saya untuk saya urus duit masa belajar di IPTA.  Nampak tak mak kita sebenarnya dah bantu kita untuk urus duit sejak dahulu lagi. Alhamdulilah dengan cara inilah mak saya besarkan 4 anaknya hinggalah sekarang ajar kami cara untuk menyimpan dan melabur

Bagi usahawan yang berniaga adalah penting menjaga cashflow bisnes , usahawan sekurang-kurangnya perlu ada minimum 1 akaun bank untuk bisnes dan 1 akaun bank untuk peribadi. Tapi bila ada bila hanya dengan 1 akaun bank semua duit masuk keluar , duit operasi , duit gaji , duit jualan , duit simpanan, duit pelaburan semua ada kat satu tempat. Kan jadi pening bila nak keluarkan duit untuk bayar cukai setahun sekali ke , nak beli aSet untuk bisnes keluarkan semua duit , dah duit nak bayar gaji nak amik dari mana?

Asingkan duit bisnes kepada 3 bank akaun bisnes

  1. AKAUN BANK UNTUK OPERASI
    Tujuan akaun bank ini adalah untuk semua transaksi masuk dan keluar operasi bulanan

    – Duit jualan
    – Duit bayar pembekal
    – Duit berkaitan gaji (gaji , upah , elaun , fee director , KWSP, Perkeso, , overtime staff)
    – Duit bayar pinjaman bank /pelabur /agensi-agensi kerajaan
    – Duit terima dari penghutang
    – Duit bukan gaji (sewa pejabat, bil utiliti, bil internet)
    – Duit marketing (online , offline , digital marketing)

  2. AKAUN BANK UNTUK BELANJA AKAN DATANG
    Yang ini adalah lebih kepada tranksaksi yang akan berlaku setahun sekali , tapi duit kena masuk setiap 2 minggu , duit keluar sekali-sekali sahaja . Akaun ini adalah untuk tujuan seperti

    – Duit untuk bayar bonus
    – Duit untuk bayar cukai/zakat
    – Duit untuk buat trip family day / annual dinner syarikat
    – Duit untuk bayar setiausaha syarikat, fee audit, fee akaun, fee tax ejen
    – Duit nak renovate pejabat

  3. AKAUN BANK UNTUK TUJUAN KEMBANGAN BISNES / PELABURAN
    Yang akaun bank ini adalah untuk tujuan jangkamasa panjang tapi duit kena masuk setiap 2 minggu, duit keluar lepas 2 ke 3 tahun atau duit boleh keluar dan simpan dalam fixed deposit. Duit dalam bank ini boleh diguna untuk buka cawangan, beli aset hartanah atau labur ditempat /bisnes yang boleh beri pulangan.

Bagaimana, banyak mana dan bila kena penuhkan akaun-akaun bank ini. Caranya adalah dengan membuat Taksiran Segera Bisnes Semasa untuk mengetahui keadaan kesihatan bisnes sekarang. Kemudian baru membuat pengagihan peratus mengikut peratus taksiran yang perlu disimpan dalam setiap bank akaun , usahawan pasti akan nampak peningkatan dalam akaun bank ke-2 dan ke-3.

Masa kini semua transaki bank mudah dilakukan menggunakan perbankkan internet , transaksi duit masuk keluar adalah mudah menggunakan platform kewangan digital. Usahawan boleh buat akaun bank dengan bank yang sama atau bank yang berlainan cadangan seperti

– 3 akaun Bank Harimau Bhd
– 2 akaun Bank Harimau Berhad dan 1 akaun Bank Sotong Behad
– 1 akaun Bank Harimau Berhad, 1 akaun Bank Sotong Behad dan 1 akaun Bank Bulan Sabit Bhd

Usahawan boleh hubungi bank dan maklumkan yang nak buka akaun baru untuk bisnes , kalau bisnes enterprise boleh je bukan akaun baru melalui internet banking. Manakala Sdn Bhd perlu maklumkan kepada setiasusaha syarikat nak buka akaun syarikat baru mereka akan sediakan beberap document , bawa segala dokumen ke bank untuk proses. (sebaiknya hubungi bank dan tanya apa dokumen yang diperlukan untuk buka akaun bank baru)

Kami ingin bantu usahawan untuk jaga kesihatan kewangan bisnes/syarikat . Semoga tulisan saya ini serba sedikit memberi manfaat untuk usahawan diluar sana.

Jika anda ingin membuat taksiran segera untuk perniagaan anda sila tinggalkan maklumat anda disini pihak kami akan hubungi anda

Faridah Hanif
Virtual Business Controller for 
Entrepreneur 
Digital Financial Management

.

Advertisements

BUKU TUNAI / CASH BOOK

Pada masa zaman kanak-kanak dulu bila saya pergi kedai runcit , bila saya bayar untuk barang yang saya beli tauke kedai menulis dalam satu buku log besar barang apa yang dijual dan jumlah duit yang diterima .

Tauke ini akan menulis semua jualan dan kutipan pada setiap hari dalam buku log tersebut . Dia juga akan menulis semua barang atau stok yang dibeli pada hari tersebut.

Sumber dari website ABC-Clio

Dulu-dulu tauke kedai buat kira-kira duit masuk keluar guna sempua, kalkulator yang besar.

Image result for calculator old Image result for calculator oldold calculator USSR by juriyy808 sumber gambar dari internet
http://juriyy808.deviantart.com/art/old-calculator-USSR-351689772

BUKU TUNAI /CASH BOOK

Adalah segala urusniaga tunai/bank masuk dan keluar dalam bisnes yang menunjukkan baki tunai perniagaan positif atau negatif . Sekarang ini ramai yang berniaga tapi adakah mereka merekod duit masuk dan keluar dalam buku tunai untuk perniagaan mereka?

Cara rekod duit masuk dan keluar ini mudah sahaja tapi ramai masih ada masalah untuk rekod . Kepada mereka yang ada buku tunai/ cash book Tahniah …

Pada masa sekarang ada macam-macam cara nak rekod duit masuk keluar.

Ada yang guna buku macam orang dulu dulu berniaga, lepas itu kemaskini dalam excel , ada yang guna apps dan ada juga yang guna sistem

Semua orang yang berniaga MESTI ada buku tunai/cash book tidak kira cara mana sekali pun kerana bila ada buku tunai/cash book baru boleh tahu duit cukup tahu tidak untuk rolling duit bisnes

Mulakan dari sekarang untuk rekod duit masuk dan keluar. Perkara yang asas yang anda mesti buat bila anda berniaga

Excel spreadsheet

Cash book- sistem

#RizQStarZ

#kewangandigital

10 PERKARA USAHAWAN PERLU TAHU

Terbaca satu artikel dar website INSKEN (tulisan Norizan Sharif) mengenai apa yang usahawan perlu tahu bila berniaga , 2 dari item tersebut menyentuh mengenai kewangan

10-perkara

  1. Pastikan duit cukup dalam bank. Sekiranya ada masalah aliran tunai atau kecairan, selesaikan segera. Buat bisnes tak ada duit sama seperti bawa kapal terbang tak ada minyak.
  2. Apabila bisnes ada masalah, perkara pertama yang perlu dicari ialah cermin. Orang dalam cermin itulah punca masalah – usah cepat salahkan pekerja, rakan kongsi atau pelanggan.
  3. Staf bukan budak-budak. Atau, tukang bancuh kopi. Usah buat mereka seperti budak suruhan. Layani mereka secara profesional.
  4. Ingat dua perkataan – meritokrasi dan nepotism. Banyak bisnes bungkus apabila usahawan gagal amalkan meritokrasi. Usah amalkan nepotism atau favouritism dalam bisnes sendiri.
  5. Aset paling bernilai dalam bisnes ialah harta intelek. Pastikan kita lindungi harta intelek sehabis-habisnya. Lawan, kalau perlu.
  6. Belajar baca dan menulis perjanjian. Rekodkan semua urusan sama ada dengan staf atau dengan vendor.
  7. Uruskan bisnes secara bisnes. Usah uruskan bisnes macam kita uruskan rumahtangga. Oh ya, usah pula uruskan rumahtangga macam uruskan bisnes. Kedua-dua entiti ini perlukan cara pengurusan yang berbeza.
  8. Ambil tahu urusan kewangan secara luar dan dalam. Pastikan ada rekod kewangan yang baik, tahu jualan dan kos operasi, serta percukaian. Usah serahkan kepada pihak ketiga sepenuhnya.
  9. Tahu bila nak transparen dan bila nak berahsia. Banyak perkara elok disimpan saja dan tak perlu diceritakan kepada staf. Walau bagaimanapun niat baik kita, sesetengah mereka tak akan faham.
  10.  Belajar apa yang kita tidak tahu. Usah sombong dan berlagak pandai. Ilmu kita tak banyak mana pun.

Perkongsian yang baik untuk anda sebagai seorang usahawan yang ingin lembangkan pernaigaan anda

INGIN PERBAIKI KEWANGAN BISNES ANDA? LUANGKAN MASA 

Seringkali kedengaran usahawan tiada masa untuk urus duit bisnes dengan cara yang betul. Tak sempat , sibuk dan segala macam alasan bila tiba cerita mengenai kewangan bisnes. 

Sebagai usahawan sudah tentu anda ingin mendapat keuntungan dari bisnes anda, kalau bisnes tiada untung apa puncanya.

Pendapat saya sebagai usahawan anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk jana pendapatan tetapi anda terlupa untuk RANCANG bagaimana untuk jana pendapatan dan keuntungan bisnes anda.

Jika anda ingin perbaiki kewangan bisnes anda , luangkan sedikit masa anda untuk memahami matematik kewangan dan angka-angka rahsia bisnes anda.

Siapkan diri anda untuk urus duit bisnes dengan cara terbaik supaya anda faham kedudukan kewangan bisnes dan anda boleh membuat keputusan terbaik untuk bisnes anda.

Faridah Hanif

Kewangan Digital Di Hujung Jari Anda

Layari dan like fb page : Kewangan Untuk Entreprenuer

https://www.facebook.com/bilikkirakirabisnes/

5 Cara Mudah untuk mula “Bookkeeping” bisnes anda tanpa membuang masa anda

Bijak mengurus bookkeeping bisnes akan membantu anda jimatkan masa dan pening kepala bila sampai masa untuk kira cukai atau sediakan penyata kewangan bisnes. Juga akan memudahkan untuk menyediakan laporan proposal untuk memohon geran , loan serta untuk yakinkan pelabur.

Kebanyakan usahawan mereka hanya lebih tahu mengenai jualan dan marketing dan tidak tahu bagaimana cara untuk mulakan bookkeeping untuk perniagaan mereka

* Anda boleh mencatit semua perbelanjaan dan pendapatan perniagaan
* Catit semua transaksi setiap tiap hari mengikut kategori transaksi
* Pastikan baki bank dan tunai ditangan sama dengan baki yang tunai dan bank yang    telah dicatit
* Anda akan kurang “stress” dan tidak kecewa mengetahui kira-kira kewangan bisnes dan sedang dijaga.
* Anda tidak perlu peningkan kepala bila tiba hujung tahun untuk buat penutupan        perniagaan serta bersedia untuk melaporkan cukai perniaga

Semuanya bermula dengan adanya satu sistem perakaunan yang mudah , supaya anda tidak pening kepala memikirkan bagaimana hendak sediakan kira-kira kewangan bisnes anda. Secara umumnya, terdapat lima cara untuk membangunkan strategi dan merasa lega kerana mempunyai “bookkeeping” yang baik

1 . Buat semua input duit masuk keluar dan belajar sedikit cara menggunakan sistem perakaunan online . Bila sebut sistem anda rasa takut dan resah tidak tahu guna sistem. Malah, ini mungkin sebabnya mengapa kira-kira kewangan bisnes anda tidak dapat dilakukan pada masa ini. Saya sangat mengesyorkan anda mengambil masa untuk mempelajari asas-asas simpan kira. Anda perlu sekurang-kurangnya dapat mencetak laporan dan memeriksa kecekapan staff anda melakukan kerja. Anda tidak perlu menyerahkan semua kerja-kerja kira-kira kepada staff, mungkin ada beberapa proses kira-kira yang anda ingin proses sendiri. Jadi peruntukan beberapa jam dalam sehari untuk input perkara yang asas dan menguruskan proses ini sendiri.

2 . Upah ahli keluarga atau saudara mara untuk melakukan kerja. Saya suka idea ini apabila anda mempunyai remaja atau anak muda anda boleh bantu dari segi kewangan. Ini adalah cara yang baik untuk membuat mereka tahu menyimpan duit mereka dan belajar mengenai proses menajadi seorang usahawan. Mereka akan belajar tentang pengurusan kewangan perniagaan dengan melakukan perkara merekod pendapatan dan perbelanjaan. Upah juga adalah belanja yang dibenarkan untuk ditolak untuk kira cukai

3 . Upahkan seorang pekerja sambilan atau sepenuh masa. Anda boleh cari seorang pelajar kolej atau penyimpan kira-kira yang ingin mengambil beberapa kerja sambilan untuk upah setiap jam bekerja. Orang ini perlu datang oleh pejabat setiap hari, atau hanya beberapa hari seminggu untuk data input dan mencetak laporan. Anda perlu memberikan sedikit penyeliaan atau mempunyai seorang pegawai akaun atau penasihat akaun yang menyelia penyimpan kira-kira dan latih penyimpan kira-kira hingga boleh menyediakan laporan kewangan yang lengkap. Ia boleh mudahkan kerja kira-kira bisnes diurus dengan baik.

4 . Outsource kira-kira kewangan bisnes anda kepada freelance Accounting / Bookkeeping yang boleh rekod transaksi setiap hari, setiap minggu atau sebulan sekali. Hantar semua dokumen kewangan dan penyata bank anda secara digital melalui email atau shared drive , dan pihak yang membuat data entry ini akan kemaskini rekod dalam sistem perakauan secara online dan anda boleh cetak laporan kewangan bisnes anda setiap bulan . Dengan cara ini dapat menjimat masa perjalanan untuk hantar dokumen-dokumen tersebut dan jimat kos yang perlu dibayar kepada seorang pekerja tetap.

5 . Dapatkan nasihat akauntan dan agen cukai mengenai perancangan cukai untuk tahun semasa dan tahun akan datang. Ia mungkin kelihatan lebih mahal, tetapi kesan daripada perancangan jangka panjang yang lebih baik jauh boleh melebihi kos.

Dengan adanya kira-kira kewangan bisnes , ianya akan membantu anda dalam

* membuat keputusan dalam perniagaan
* kembangan perniagaan anda
* perancangan cukai perniagaan
* meyakinkan pihak pelabur atau pihak yang bank

Jangan tunggu lagi bertindak sekarang , jika anda ingin tahu mengenai sistem perakaunan  online yang mudah atau ingin tahu asas “bookkeeping” perniagaan saya sedia membantu anda . Sila tinggalkan komen anda di bawah atau hubungi saya melalui no telefon 013 3639342.

picture

JOURNEY TO DIGITALISATION OF FINANCIAL MANAGEMENT FOR ENTREPRENEUR

GAGAL BAYAR CUKAI – INDIVIDU DI BLACK LIST

Jika kita berniaga, salah satu  perkara penting adalah pengurusan kewangan yang baik. Pengurusan kewangan yang baik akan bantu bukan sekadar untuk tahu jualan  dan untung  perniagaan , ianya juga akan bantu untuk mengira cukai yang perlu di bayar. Sebagai pengarah syarikat and perlu ambil tahu mengenai kewangan syarikat/perniagaan anda

 

Laporan audit: 128,165 individu gagal bayar cukai

  | November 21, 2016

sumber gambar : http://www.freemalaysiatoday.com/

sumber gambar : http://www.freemalaysiatoday.com/

Pengauditan meliputi tindakan sekatan perjalanan ke luar negara merangkumi kes CP (Akta Cukai Pendapatan) dan CKHT (Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah).

PETALING JAYA: Seramai 128,165 individu termasuk pengarah syarikat disenaraihitamkan dan dilarang ke luar negara kerana gagal menjelaskan bayaran cukai pendapatan berjumlah RM3.4 bilion sehingga Jun 2016.
Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 melaporkan, daripada jumlah pembayar yang ingkar itu, sebanyak 118,433 dikenakan tindakan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 manakala 9,732 lagi di bawah Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

“Pengauditan ini meliputi tindakan sekatan perjalanan ke luar negara merangkumi kes CP (Cukai Pendapatan). Senarai kes yang dikemas kini sehingga 31 Disember 2015.

“Kes CKHT (Cukai Keuntungan Harta Tanah) senarai kes yang didaftarkan bagi tempoh 2013 hingga 30 Jun 2015 dan pengauditan ini dijalankan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dipilih di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, bilangan sekatan perjalanan ke luar negara mengikut Akta CP 1967 menunjukkan 3 negeri terbanyak iaitu Sabah, Sarawak dan Selangor.

“Di Sabah, 740 individu disekat. Manakala, di Sarawak sebanyak 500 dan Selangor 452 individu disekat,” katanya.

Manakala, bilangan sekatan perjalanan ke luar negara mengikut Akta CKHT 1976 menunjukkan 3 negeri terbanyak iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Perak.

“Di Pulau Pinang mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 150 individu disekat. Manakala di Kuala Lumpur sebanyak 125 individu dan di Perak 124 individu disekat ke luar negara,” katanya.

Petikan dari http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/21/laporan-audit-128165-individu-gagal-bayar-cukai/

 

=========

2016 semakin sampai ke hujung , jika anda belum mula buat pengurusan kewangan anda masih belum terlambat anda boleh mula dari sekarang

 

Faridah Hanif
Bilik Kira-Kira Bisnes

ISU CADANGAN PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN – ARTIS

Berita terkini mengenai cadangan pelepasan cukai untuk “KOS PENAMPILAN DIRI” bagi artis menjadi viral di laman social .

Boleh baca di
Pelakon Nora Danish mencadangkan kerajaan memberikan pelepasan cukai buat penggiat seni bagi menampung ‘kos penampilan diri’. — Foto ihsan Instagram/Nora Danish

Pelakon Nora Danish mencadangkan kerajaan memberikan pelepasan cukai buat penggiat seni bagi menampung ‘kos penampilan diri’. — Foto ihsan Instagram/Nora Danish –

See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/kena-marah-isu-cukai-nora-danish-dakwa-diputar-belit#sthash.BFRTFbv9.dpuf

 
Artis ni baru nak cadangkan sahaja , apakah kos-kos penampilan diri ini  contohnya kos make-artis, pakaian glamour dan cantik untuk lakonan atau persembahan , tanpa kos-kos ini artis tidak boleh berlakon.

Agak-agak beratus kos penampilan diri untuk seseorang artis  mahu cecah puluhan ribu atau ratusan ribu. Apa buktinya ?  Buktinya adalah resit-resit yang perlu disimpan sebagai bukti kos penampilan diri.

Tahukan anda resit-resit belanja ini penting untuk tahu berapa jumlah duit yang dibelanja tetapi juga penting bila nak kira cukai. Mulai sekarang setiap kali bayar untuk beli apa-apa kos atau belanja minta resit dan rekod  duit keluar untuk tujuan apa , untuk tujuan perniagaan atau peribadi.

Nak tahu kos-kos apa yang dibenarkan untuk pengiraan cukai pendapatan boleh rujuk kepada pegawai LHDN atau  rujuk agen-agen cukai .

Artis di Malaysia bayar cukai , mungkin cukai yang dibayar adalah tinggi, apa yang dicadangkan untuk pelepasan cukai untuk “Kos Penampilan Diri”  mungkin untuk mengurangkan bayaran cukai pendapatan

 

 

 

 

 

 

 

9 TIPS UNTUK ASINGKAN KEWANGAN  PERIBADI DAN BISNES

tips asingkanwa wang bisnes

Tidak kira apa juga perniagaan yang dilakukan adalah lebih baik untuk asingkan duit peribadi dan duit perniagaan kerana dengan cara ini akan membantu untuk majukan bisnes yang dilakukan. Mana tahu ada individu yang berminat untuk beli atau melabur dalam bisnes yang anda.

Jangan bimbang jika anda belum asingkan rekod kewangan peribadi dan perniagaan ; masih belum terlambat lagi untuk mulakannya dari sekarang

  1. Sediakan akaun bank yang berasingan
    Jika ada akaun bank yang berasingan adalah lebih mudah ; 1 akaun untuk peribadi , 1 akaun untuk bisnes. Pastikan semua transaksi dilakukan melalui akaun bank terutama transaksi untuk bisnes dan elakan transaksi tunai, dengan cara ini boleh mengelak berlaku kebocoran duit bisnes anda. Segala transaksi ada dalam penyata bank dan boleh membantu untuk menyediakan penyata kewangan bisnes anda.
  2. Asingkan resit-resit dalam kotak berasingan
    Satu kotak untuk resit-resit peribadi dan satu untuk resit-resit bisnes, ianya akan membantu ketika hendak buat penyata kewangan dan juga untuk pengiraan cukai .
  3. Gajikan diri anda sendiri, pada had yang minimum
    Keluar cek atas nama sendiri dengan jumlah yang sama setiap bulan boleh membantu untuk mengawal bajet perniagaan. Gunakan duit gaji ini untuk belanja peribadi seperti beli barang dapur, pakaian , duit sekolah anak dan lain-lain belanja peribadi.
  4. Tentukan bajet untuk bisnes
    Biasanya bila duit bisnes tidak cukup ( duit rolling tak cukup) , kita akan ambil duit peribadi untuk top up duit bisnes dan lupa untuk pulangkan semula. Jika ada bajet yang jelas ianya akan membantu untuk mengurus kewangan bisnes.
  5. Pastikan keluarga anda dan rakan-rakan memahami status bisnes
    Anda buat bisnes bukan seorang , tetapi akan melibatkan keluarga dan kawan-kawan , pastikan meraka faham status bisnes anda untuk mengelakan masalah di masa akan datang. Ini biasanya dikaitan jika ada yang ingin pinjam duit atau ambil barang untuk kegunaan sendiri.
  6. Memahami belanja perniagaan untuk siapa
    Antaranya belanja entertainment , makan dan perjalanan perlu dikenalpasti ianya untuk bisnes atau peribadi. Contoh jika makan malam bersama keluarga dan kawan-kawan bukanlah layak untuk dikategori sebagai belanja bisnes , kalau belanja client atau staff ianya adalah belanja bisnes
  7. Lukis garisan antara rumah dan pejabat anda
    Jika bekerja dari rumah ,wujudkan division (unit) antara pejabat dan rumah, dengan cari ini membolehkan anda untuk membuat tuntutan untuk belanja seperti bil elektrik, ruang sewa sewa sekurang-kurangnya dengan cara ini dapat kurangkan belanja peribadi. Sebahagian belanja untuk bisnes dan sebahagian belanja untuk peribadi.
  8. Menyimpan rekod penggunaan bisnesKereta adalah milik peribadi , tetapi kereta ini juga diguna untuk bisnes, jika guna kereta untuk tujuan meeting atau jumpa client rekodkan ianya untuk bisnes supaya boleh buat tuntutan dari bisnes. Sudah tentu , kehidupan akan menjadi lebih mudah jika ada kereta yang berasingan untuk bisnes.
  9. Bercakap dengan profesional kewangan.
    Jika ada maaalah untuk mengkelaskan perbelanjaan atau tiada masa yang untuk mengurus kewangan bisnes dan peribadi, berjumpa dan ceritakan masalah ini kepada pro kewagan , mungkin pro ini boleh bantu untuk wujudkan satu satu sistem yang berfungsi untuk membantu anda mengurus kewangan bisnes dan peribadi.

Perlu di ingat asingkan duit peribadi dan duit bisnes adalah satu perkara yang penting yang perlu dalam mengurus kewangan bisnes, jika anggap semua duit bisnes adalah duit peribadi akan berlaku masalah dimasa akan datang dan bisnes tidak boleh berkembang malahan mungkin boleh jatuh bankrup.

Jika anda masih belum mula asingkan duit peribadi dan duit bisnes, masih belum terlambat lagi … Jom mulakan sekarang.

 

KUNCI KIRA KIRA

APA ITU KUNCI KIRA KIRA /BALANCE SHEET?

Apa yang nak dikira ?

Kunci Kira – Kira  adalah

NILAI PERNIAGAAN anda….

HARGA PERNIAGAAN anda….

Slide5

ASET = LIABILITI + EKUITI

Dalam kunci kira-kira  ada:

  1. ASET
    • ASET SEMASA –  harta yang mudah cair (harta jangkamasa pendek) macam duit dibank, penghutang.
    • ASET TETAP – harta yang kekal lama untuk jangkamasa lama seperti bangunan, tanah, kereta.
  2. LIABILITI
    • Adalah tanggungan dimana bisnes owner (bukan hak milik bisnes owner, hak orang lain )
    • Bayaran hutang kepada barang yang kita beli secara kredit
    • Bayaran pinjam balik ke bank
  3. EKUITI
    • Modal  – duit yang dilaburkan untuk mulakan perniagaan
    • Untung/rugi dari perniagaan.