REVOLUSI PENGURUSAN KEWANGAN DIGITAL

JIMATKAN KOS DAN JIMAT MASA,  MUDAH DAN RINGKAS

poster-masterclass

 

Ada ramai orang bisnes yang rasa bisnes dia dah buat untung. Tapi bila disuruh buat kira-kira balik, bisnes sebenarnya rugi berbondong-bondong.
.
Hint 1: ada satu masterclass akan dianjurkan pada 21hb dan 22hb januari ini.
Hint 2: akan ditunjukkan beberapa rumus rahsia matematik bisnes.
Hint 3: semua angka sulit bisnes akan dibuktikan.
Hint 4: semua nombor bisnes sendiri akan dibongkarkan
Hint 5: 80% praktikal, 20% teori.
.

PESERTA BAKAL MENGETAHUI DAN MEMAHAMKAN

1. Aplikasikan formula mudah memulakan & mengembangkan bisnes cara pantas, strategik & efektif.
2. Kenalpasti-fahami-aplikasi petunjuk utama elemen bantuan decision-making untuk pemodal.
3. Susun cashflow syarikat yang bakal berikan janaan imej positif kepada pemodal.
4. Kenalpasti-fahami-aplikasi cara efektif susun S.O.P bisnes anda untuk mengelakkan business burnt-out dan untuk memaksimumkan potensi bisnes.
5. Kenalpasti/faham/aplikasi cara memaksimumkan keuntungan bisnes.

MODUL
1. Petunjuk-petunjuk utama yang pemodal gunapakai untuk buat keputusan memodalkan sesebuah projek bisnes.
2. Cara susun cashflow bisnes yang bakal berikan janaan imej positif pada sesebuah bisnes.
3. Cara paling efektif untuk memaksimumkan untung bisnes.

APA YANG HARUS DIBAWA
1) Penyata BANK 3 bulan.
2) Resit-Resit dan rekod-rekod jualan.
3) Semua bil-bil yang dibayar secara tunai atau bank.
4) Buku cek & cheque butt (jika ada)

 

BAHASA MUDAH
Ini BUKAN satu kelas teori.
Ini bengkel LIVE PRACTICAL cara yang betul untuk susun semula bisnes anda.
Ini bengkel yang anda tahu perniagaan anda untung atau rugi
Ini bengkel yang menunjukan nilai perniagaan anda
Ini bengkel yang membantu anda untuk membuat keputusan dan kembangkan perniagaan anda
Ini bengkel yang membuktikan anda tidak merompak duit perniagaan anda

 

SIAPA PERLU HADIR
1) Pemilik Perniagaan/ Syarikat yang tiada rekod kewangan
2) Pemilik Perniagaan/ Syarikat yang buat rekod kewangan secara manual
3) Pemilik Perniagaan/ Syarikat yang ingin kembangkan bisnes
4) Staff akaun
5) Start-Up BisnesTEMPAT TERHAD 10 orang sahaja

.
.
Maklumat lanjut rujuk link dibawah
picture
.
#bilikkirakirabisnes
#kewangandigital
#digitalizationoffinancialmanagement
#urusduitbisnes
#sistempengurusankewangan

5 Cara Mudah untuk mula “Bookkeeping” bisnes anda tanpa membuang masa anda

Bijak mengurus bookkeeping bisnes akan membantu anda jimatkan masa dan pening kepala bila sampai masa untuk kira cukai atau sediakan penyata kewangan bisnes. Juga akan memudahkan untuk menyediakan laporan proposal untuk memohon geran , loan serta untuk yakinkan pelabur.

Kebanyakan usahawan mereka hanya lebih tahu mengenai jualan dan marketing dan tidak tahu bagaimana cara untuk mulakan bookkeeping untuk perniagaan mereka

* Anda boleh mencatit semua perbelanjaan dan pendapatan perniagaan
* Catit semua transaksi setiap tiap hari mengikut kategori transaksi
* Pastikan baki bank dan tunai ditangan sama dengan baki yang tunai dan bank yang    telah dicatit
* Anda akan kurang “stress” dan tidak kecewa mengetahui kira-kira kewangan bisnes dan sedang dijaga.
* Anda tidak perlu peningkan kepala bila tiba hujung tahun untuk buat penutupan        perniagaan serta bersedia untuk melaporkan cukai perniaga

Semuanya bermula dengan adanya satu sistem perakaunan yang mudah , supaya anda tidak pening kepala memikirkan bagaimana hendak sediakan kira-kira kewangan bisnes anda. Secara umumnya, terdapat lima cara untuk membangunkan strategi dan merasa lega kerana mempunyai “bookkeeping” yang baik

1 . Buat semua input duit masuk keluar dan belajar sedikit cara menggunakan sistem perakaunan online . Bila sebut sistem anda rasa takut dan resah tidak tahu guna sistem. Malah, ini mungkin sebabnya mengapa kira-kira kewangan bisnes anda tidak dapat dilakukan pada masa ini. Saya sangat mengesyorkan anda mengambil masa untuk mempelajari asas-asas simpan kira. Anda perlu sekurang-kurangnya dapat mencetak laporan dan memeriksa kecekapan staff anda melakukan kerja. Anda tidak perlu menyerahkan semua kerja-kerja kira-kira kepada staff, mungkin ada beberapa proses kira-kira yang anda ingin proses sendiri. Jadi peruntukan beberapa jam dalam sehari untuk input perkara yang asas dan menguruskan proses ini sendiri.

2 . Upah ahli keluarga atau saudara mara untuk melakukan kerja. Saya suka idea ini apabila anda mempunyai remaja atau anak muda anda boleh bantu dari segi kewangan. Ini adalah cara yang baik untuk membuat mereka tahu menyimpan duit mereka dan belajar mengenai proses menajadi seorang usahawan. Mereka akan belajar tentang pengurusan kewangan perniagaan dengan melakukan perkara merekod pendapatan dan perbelanjaan. Upah juga adalah belanja yang dibenarkan untuk ditolak untuk kira cukai

3 . Upahkan seorang pekerja sambilan atau sepenuh masa. Anda boleh cari seorang pelajar kolej atau penyimpan kira-kira yang ingin mengambil beberapa kerja sambilan untuk upah setiap jam bekerja. Orang ini perlu datang oleh pejabat setiap hari, atau hanya beberapa hari seminggu untuk data input dan mencetak laporan. Anda perlu memberikan sedikit penyeliaan atau mempunyai seorang pegawai akaun atau penasihat akaun yang menyelia penyimpan kira-kira dan latih penyimpan kira-kira hingga boleh menyediakan laporan kewangan yang lengkap. Ia boleh mudahkan kerja kira-kira bisnes diurus dengan baik.

4 . Outsource kira-kira kewangan bisnes anda kepada freelance Accounting / Bookkeeping yang boleh rekod transaksi setiap hari, setiap minggu atau sebulan sekali. Hantar semua dokumen kewangan dan penyata bank anda secara digital melalui email atau shared drive , dan pihak yang membuat data entry ini akan kemaskini rekod dalam sistem perakauan secara online dan anda boleh cetak laporan kewangan bisnes anda setiap bulan . Dengan cara ini dapat menjimat masa perjalanan untuk hantar dokumen-dokumen tersebut dan jimat kos yang perlu dibayar kepada seorang pekerja tetap.

5 . Dapatkan nasihat akauntan dan agen cukai mengenai perancangan cukai untuk tahun semasa dan tahun akan datang. Ia mungkin kelihatan lebih mahal, tetapi kesan daripada perancangan jangka panjang yang lebih baik jauh boleh melebihi kos.

Dengan adanya kira-kira kewangan bisnes , ianya akan membantu anda dalam

* membuat keputusan dalam perniagaan
* kembangan perniagaan anda
* perancangan cukai perniagaan
* meyakinkan pihak pelabur atau pihak yang bank

Jangan tunggu lagi bertindak sekarang , jika anda ingin tahu mengenai sistem perakaunan  online yang mudah atau ingin tahu asas “bookkeeping” perniagaan saya sedia membantu anda . Sila tinggalkan komen anda di bawah atau hubungi saya melalui no telefon 013 3639342.

picture

JOURNEY TO DIGITALISATION OF FINANCIAL MANAGEMENT FOR ENTREPRENEUR

ELAK BAYAR CUKAI – CCRIS

Kenapa nak elak bayar cukai?  Kebiasaannya bila individu nak buat pinjaman nak beli rumah atau untuk tujuan perniagaan individu tersebut gagal untuk mendapatan kelulusan pinjaman walaupun duit banyak dan mampu untuk bayar bulan-bulan.

Pernah berlaku kepada sahabat saya beliau nak beli rumah tapi loan tak lulus sebab tiada rekod cukai , daftar cukai pun tiada. Bila kita daftar cukai ianya merupakan satu bonus point menunjukan kita ada duit lebih dan mampu urus kewangan dengan baik

Jika ada perniagaan pun sama , nak beli asset terutama bangunan komersial atau kilang , kalau tiada rekod kewangan yang baik bagaimana nak kira jumlah keuntungan dan jumlah cukai yang perlu di bayar. Pada pendapat saya undang-undang cukai ini ada baiknya juga sebab ianya akan displinkan individu agar simpan semua rekod kewangan dengan baik .

Tahukan anda jika anda simpan semua resit belanja dan rekod dengan betul ada kemungkinan jumlah cukai yang perlu bayar adalah lebih rendah dari yang anda sangkakan

LHDN cadang senaraikan pengelak cukai tegar dalam CCRIS

LHDN cadang senaraikan pengelak cukai tegar dalam CCRIS

Kesan akibat tersenarai dalam CCRIS akan mempengaruhi penilaian oleh pihak bank berhubung pinjaman. – Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bercadang menyenaraikan individu yang gagal mematuhi pembayaran cukai dalam sistem rujukan maklumat kredit berpusat (CCRIS) mulai tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sabin Samitah berkata langkah itu bagi meningkatkan kadar pematuhan cukai semasa dan membendung aktiviti pelarian cukai.

Ujar beliau, tindakan tegas itu akan diambil LHDNM khususnya ke atas golongan pengelak cukai tegar.

“Mereka ini sebenarnya telah diberi peluang untuk membayar cukai tertunggak secara ansuran walaupun setelah pelbagai kali peringatan diberikan, mereka masih gagal buat seperti yang telah dipersetujui antara mereka dan LHDNM.

“Jadi pada tahun hadapan, LHDN bercadang untuk menyenaraikan pembayar cukai tegar ini kepada CCRIS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran operasi khas bersepadu “Task Force 2 Bilion” (TF2B 2017) di ibu pejabat LHDNM, di sini, hari ini.

Ditanya pemberita sama ada langkah itu dilihat sebagai ‘keterlaluan’, ujarnya, LHDN terpaksa menggunakan pendekatan itu ekoran pembayar cukai telah diberi banyak peluang untuk melangsaikan cukai yang tertunggak.

“Ini tidak bermakna LHDNM menyusahkan mereka sebab sebelum kita senaraikan mereka ini, kita telah memberi mereka peluang untuk membayar secara ansuran.”

“Tindakan ini adalah perlu untuk memberi keadilan kepada pembayar cukai yang lain yang patuh kepada peraturan bayaran yang telah kita berikan kepada semua pihak yang memerlukan pembayaran secara ansuran, sekiranya mereka mempunyai masalah kewangan,” katanya.

Akibat daripada tersenarai dalam CCRIS, ia akan mempengaruhi penilaian oleh pihak bank berhubung pinjaman.

Ini bermakna mereka yang tersenarai akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman bank dan kad kredit.

Buat masa ini, mana-mana pembayar cukai yang gagal membayar tunggakan cukai mereka walaupun notis peringatan diberikan, akan dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara di bawah peruntukan Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Penyata Aliran Tunai

ALIRAN TUNAI / CASHFLOW

  • Duit masuk – dari mana?
  • Duit Keluar – keluar untuk apa?

MESTI CATIT/REKOD 

Duit seperti yang ada bank bank anda.

Sentiasa kena ada duit . Kalau tiada duit akan ada masalah, perlu pastikan bisnes mesti ada duit .

 

1- APA ITU ALIRAN TUNAI

Slide1Slide4Slide2Slide4Slide3

 

2 – ALIRAN TUNAI MASUK

Slide5Slide6

 

3-ALIRAN TUNAI KELUAR

Slide7Slide8

 

4-APA YANG PERLU BUAT DAN JANGAN BUAT!!!!

Slide9Slide10

 

 

5-PENYATA ALIRAN TUNAI

Slide11Slide12